Friday, 28 May 2021

side mirror honda civic si sedan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin menceritakan sedikit pengalaman saya melakukan proses modifikasi side mirror. Selalunya kita dengar orang modifikasi tukar cover side mirror fd2 kepada cover side mirror fd1. Tetapi hari ini berlainan sedikit. Saya nak kongsikan pengalaman saya modifikasi side mirror fd2 kepada side mirror civic SI sedan.

Baiklah untuk makluman semua side mirror asal saya adalah fd2 auto flip di mana semua orang tahu lampu signal dibina bersama side mirror ini.

Untuk sejarah perjalanan side mirror kereta saya ini saya pernah melakukan proses modifikasi penukaran cover side mirror  fd2 kepada cover side mirror fd1 nak jadikan ala-ala FD2R la katakan. Namun setelah lama menggunakan cover ini saya rasa teringin pula mencuba side mirror civic si. 

Pemilihan side mirror Civic SI ini kerana saya nak kelainan dari orang lain. Rasanya tiada lagi honda civic fd2 @ fd1 di Malaysia menggunakan side mirror ini. Kalau ada maaf la ya. 

Ok berbalik kepada cerita tadi Side mirror civic si sedan ini saya beli di laman web ebay. Side mirror ini bukanlah jenis auto flip. Dan sebenarnya tidak boleh flip langsung. Namun itu bukanlah satu masalah bagi saya kerana tujuan saya membeli side mirror ini adalah untuk mengambil cover dia sahaja bagi proses modifikasi. Lagipun harga sepasang side mirror ini pun murah daripada side mirror second hand fd2 @ fd1 yang ada di pasaran.

    Side mirror civic si sedan sebelah pemandu

    side mirror civic si sedan sebelah           
    penumpang 

    Side mirror civic si sedan kiri dan kanan

Setelah lama menanti akhirnya side mirror ini sampai. Saya mula untuk melakukan proses modifikasi. Tetapi Sewaktu proses modifikasi dilakukan saya telah menemui beberapa perbezaan yang ketara pada side mirror ini.

Perbezaan pertama ialah side mirror ini angle tidak sama dengan asia kerana side mirror ini dicipta bagi pemanduan di sebelah kiri. Manakala side mirror bagi kereta asia kedudukan steering pemandu di sebelah kanan.

perbezaan kedua ialah side mirror sebelah kiri menggunakan plane mirror manakala di sebelah kanan menggunakan convex mirror.
Bagi kereta asia kedua dua belah side mirror menggunakan convex mirror.
Ok untuk perbezaan convex mirror dan plane mirror ini ialah untuk convex mirror ini cermin ini melengkung. contoh paling mudah Bebola mata kita. Cermin ini banyak digunakan di jalan raya. Untuk plane mirror pula ialah cermin yang flat. cermin ini ialah cermin yang kita gunakan di rumah.

Perbezaan ketiga ialah tapak bagi cermin tidak sama dengan side mirror standart OEM honda. 

    Tapak side mirror civic si sedan


Kita terus ke proses modifikasi yang telah saya lakukan untuk side mirror ini.

Modifikasi pertama saya lakukan ialah cermin side mirror. Ini kerana seperti yang saya maklum pada awal tadi perbezaan cermin convex dan plane. Selain itu terdapat tulisan "object in mirror are closer than they appear". Tulisan ini menggangu mata saya.  Oleh itu bagi menjadikan side mirror ini berfungsi seperti side mirror original orang asia saya perlulah menukar kedua dua belah cermin side mirror ini. Nak dijadikan cerita seperti dia tahu niat saya boleh pula cermin sebelah kanan ini pecah. Jenuh juga mencari. Pada mulanya saya potong cermin plane mirror yang selalu kita letak di rumah. Tapi tak boleh tahan angle dia dekat sangat. Akhirnya saya ke kedai Aiman di Kulim untuk cuba lihat cermin side mirror FD2R sama atau tidak. Alhamdulillah cermin FD2R sama dengan cermin side mirror ini. Namun begitu masih perlu sedikit proses touch up tapak cermin bagi memasukkan cermin fd2r ke tapak cermin bagi side mirror civic si ini.

Selain modifikasi cermin. saya juga melakukan modifikasi bahagian dalaman side mirror ini bagi mendapatkan angle yang sama seperti side mirror asal. Jika proses modifikasi tidak dilakukan cermin side mirror sebelah kiri AKA penumpang akan terkeluar dari cover.

cermin terkeluar dan nampak tidak kemas

Modifikasi ketiga ialah menjadikan side mirror ini Autoflip. Bagi menjayakan proses modifikasi ini saya menggunakan bahagian dalam side mirrow kedua dua side mirror ini. Gabungan dua side mirror civic SI dan civic fd2 ini akan menghasilkan side mirror auto flip.
Bahagian yang saya gunakan bagi side mirror fd2 ialah kesemua dari wiring sehinggalah body. Yang saya tidak ambil ialah bahagian mekanikal yang menggerakkan cermin ke atas dan tepi. Bahagian ini saya gunakan dari model side mirror civic si. 

Jika dilihat didalam gamber dibawah wiring sehinggalah kesemua plastik yang bewarna hitam adalah dari side mirror fd2. Hanya plastik  yang bewarna putih sahaja dari side mirror civic SI.

    Modifikasi side mirror sebelah kanan


    Modifikasi side mirror sebelah kiri

Gambar di atas adalah prose awal saya modifikasi bagi mendapatkan angle yang sempurna. Bagi proses awal ini saya menggunakan hot glue gun sahaja bagi membentuk frame. Kebaikan Penggunaan hot glue gun ini ialah ianya cepat kering dan agak kuat. Tetapi kelemahannya ialah mudah lentur. Sewaktu saya memandu dalam kelajuan 100 kmh keadaan side mirror saya seperti sirip ikan sedang berenang. Haha.

Namun proses menggunakan hot glue gun tadi adalah proses awal sahaja untuk membentuk dan mendapatkan angle. Bagi proses finishing untuk frame side mirror ini saya menggunakan plastic welding. Material plastik rod yang saya gunakan adalah sama dengan plastik asal iaitu material ABS. Pada peringkat ini kekuatan side mirror ini adalah sama dengan original side mirror. Saya sudah mencuba test drive 100 kmh ke atas (sehingga saya tak berani tekan lagi). Alhamadulillah side mirror saya tegap dan tak ada goyang sama seperti original side mirror.

Setelah selesai semua proses modifikasi saya teruskan dengan proses mengecat cover side mirror ini.Warna cover side mirror yang sampai adalah warna hitam. Bagi mendapatkan warna yang sama dengan warna body kereta saya iaitu merah, saya telah mendapatkan cat yang sama dengan warna kereta saya di kedai membancuh cat. Cat ini saya minta kedai tersebut masukkan didalam cat spray tin. Bagi clear coat pula saya menggunakan 2k clear coat. Yang ini saya gunakan spray gun.

    Hasil setelah siap proses modifikasi
    side mirror pemandu

    Hasil setelah siap proses modifikasi side     
    mirror penumpang

    Pandangan dari sebelah pemandu

Pandangan dari sebelah penumpang


Setakat ini sahaja coretan pengalaman saya kali ini melakukan proses modifikasi side mirror civic ini. Jika nak diceritakan tentang side mirror ini dah tiada genetik induk kerana ada gabungan tiga genitik iaitu FD2R, Civic SI dan civic FD2. Haha. Dah tak tahu nak panggil side miror ni model apa.
Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Perbezaan oil pump DC5 Type R dan FD2 Type R

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini saya ingin kongsikan sedikit info berkaitan oil pump DC5 dan oil pump FD2R. Sudah tentu ...