Monday, 7 June 2021

OBD Tools

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya menggunakan OBD2 adaptor scanner.

Untuk makluman kenderaan pada masa kini kebanyakannya menggunakan teknologi elektronik bagi mengawal proses pembakaran sesebuah engine (ECU). Tidak seperti sebelum ini proses pembakaran sesebuah engine menggunakan teknologi mekanikal iaitu menggunakan karburetor untuk mengawal kadar campuran udara dan bahan bakar.

ok berbalik kepada tajuk kita. Apabila proses pembakaran dikawal oleh teknologi elektronik. Maka diperkenalkan ECU bagi mengawal kesemua proses ini. selain daripada proses pembakaran ECU juga berfungsi mengawal keseluruhan kereta. oleh itu ECU akan mengetahui jika terdapat sesuatu masalah pada kereta tersebut. Jika terdapat masalah ECU akan memberikan signal melalui lampu check engine. 

Namun sekarang teknologi telah berkembang. Bagi membolehkan manusia membaca signal ECU. Para engineer telah mencipta alat yang dapat menterjemahkan setiap signal error yang dikeluarkan oleh ECU. 

Suatu ketika dahulu OBD sanner ini sangat mahal dan hanya syarikat automotif sahaja yang menggunakannya. Namun apabila banyak kenderaan menggunakan teknologi ini maka terhasilah obd2 adaptor. Dahulu obd scanner perlu digunakan dengan komputer namun kini kita sudah boleh menggunakan OBD2 adaptor ini dengan smartphone sahaja. 

Jika kita melakukan proses scan di kedai harga yang dikenakan selalunya kurang dari RM100. Namun tahukah kini harga adaptor obd  2  (elm327) ini di pasaran juga bawah dari RM100.00. Jadi lebih berbaloi jika kita beli dan simpan didalam kereta. Boleh digunakan jika kita atau kawan kawan memerlikan. Selain itu adaptor ini juga boleh digunakan bersama smartphone. Mudah dan lebih praktikal kan. Bagi membolehkan smartphone ini berkomunikasi dengan adaptor ini ianya menggunakan sambungan bluetooth atau wifi. Selain daripada kita boleh scan kod error kita juga boleh customise gadjet dan nampak lebih meriah

Ok bagi aplikasi yang terdapat di platform android ataupon iphone kita boleh menggunakan pelbagai aplikasi bagi proses scan ini. Kedua dua plateform ini menyediakan pelbagai aplikasi seperti torque, OBD Link, dan banyak lagi. Bagi aplikasi ini ada yang disediakan secara percuma dan ada yang dikenakan bayaran. Untuk pengalaman saya,menggunakan aplikasi torque. Bagi saya aplikasi torque ini lengkap bagi kita melakukan proses scan dan juga customise gadjet realtime information yang terdapat didalamnya.

    Paparan dalaman aplikasi Torque

    Menu scan error


Jika anda ingin membeli obd 2 adaptor ini. Sebenarnya terlalu banyak di pasaran. Yang paling banyak ialah ELM 327. Bagi ELM 327 ini. Pastikan anda membeli adaptor yang original. Perkara ini kerana terlalu banyak adaptor tiruan yang terdapat di pasaran. Selain itu pastikan protokol yang disediakan oleh adaptor itu support kereta anda. Bagi elm 327 kebanyakan kereta jepun boleh guna. Saya menggunakan brand Vgate dan ELM 327 seperti gambar di bawah

    ELM 327 dan Vgate

Maklumat tambahan bagi pengguna honda civic fd2r kita sebenarnya boleh menggunakan Hondata flashpro ini untuk proses scan dan juga tuning. Namun begitu bagi Hondata flashpro ini tidak begitu sesuai untuk kereta yang standart dan tiada planning bagi upgrade part performance. Ini Kerana kos bagi Hondata itu sahaja telah mencecah ribuan ringgit. Jika tujuan kita beli untuk scan sahaja kita telah membazirkan banyak duit bagi item yang tidak menjadi keperluan kita. Kan itu amalan syaiton. Haha.

Setakat ini sahaja perkongsian saya tentang pengalaman saya dengan OBD 2 adapator.

No comments:

Post a Comment

Perbezaan oil pump DC5 Type R dan FD2 Type R

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini saya ingin kongsikan sedikit info berkaitan oil pump DC5 dan oil pump FD2R. Sudah tentu ...