Tuesday, 6 March 2018

Transmmision range sensor Honda Civic Fd 2.0 2006

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi satu pengalaman yang dihadapi dengan kereta honda civic fd 2.0 tahun 2006. Sewaktu saya menghadapi masalah ini saya ada google namun tak menjumpai entri berkaitan perkara ini. Jadi saya  kongsikan pengalaman saya sendiri di dalam entri kali ini

Bagi kereta yang telah melebihi 10 tahun pasti ada wear and tear. Begitulah keretaku.

lupa nak maklum kereta ini  adalah transmission auto. memang ada plan nak upgrade kepada manual sebab jiwa masih minat kepada manual. Namun disebabkan kos dan juga keadaan jalan di malaysia ini semakin banyak kereta di jalan aku kekalkan buat masa ini automatik

Ok balik kepada tajuk kita saya pecahkan kepada dua situasi. Situasi pertama Sewaktu saya hentikan kereta dan matikan suis engine untuk ke kedai bagi membeli barang. Dah selesai semua urusan di kedai saya kembali untuk hidupkan kereta untuk pulang. Apabila saya cuba hidupkan suis untuk start engine tak dengar bunyi starter crank. Gear berada di parking (P). Lampu indicator di meter semua berfungsi seperti biasa. Masa masalah ini terjadi memang gabra habis. Panas pula masa 2. Peluh jgan kata la. Nak kata battery kong lampu ok terang ja. Nak kata starter tak ada bunyi ketak- ketak starter engage. Jadi tekan break tarik gear ke neutral (N) lepas 2 cuba start. Alhamdulillah hidup. 

Situasi kedua. Setelah kes pertama tadi dalam hati rasa macam tak sedap. Nak kena siasat apa punca nak jadi tak crank di (P). Bulan lepas semasa saya sedang drive kereta tiba2 lampu indicator D blinking dan tak nak hilang. Tolak gear ke natural dan kembali ke mod D dan lampu D dah tak berkedip-kedip.

Penyelesaian jangka masa pendek untuk hidupkan kereta Boleh cuba gerakan gear ke neutral (N) dan cuba hidupkan kereta. Jika kereta boleh crank dan hidup  alhamdullilah. Namun jika engine tak dapat crank juga cuba gerakkan gear dari (P) ke (S) dan kembali ke (P) atau ke (N) beberapa kali. Masalah seperti ini jarang berlaku selalu. Kadang-kadang sahaja berlaku. Jika anda berhadapan dengan simptom seperti ini mungkin masalah kereta anda berpunca dari cable ataupun transmmision range sensor. 

Bagi penyelesaian isu pertama dan kedua ialah bawa kereta untuk scan computer di servis center Honda bagi mengenalpasti cod error yang ECU detec. Kos untuk scan ni dalam RM60.00. Tapi nak memudahkan untuk urusan masa hadapan beli OBD 2 reader. Ada banyak jenis dari harga murah puluhan ringgit sehinggalah ribuan ringgit. Sekarang saya menggunakan brand Vgate. Kelebihan adapter kategori seperti ini boleh digunakan bersama smartphone android kerana menggunakan sambungan bluetooth. Hanya perlu install software. software yang terbaik buat masa ini yang saya guna ialah torque. Banyak function yang terdapat dalam software ini. salah satunya ialah fault code. yang membolehkan kita lihat apa cod yang bermasalah. Bagi masalah yang saya hadapi sekarang ini error code yang dipaparkan ialah P0706.




OBD 2 adapter brand Vgate

Inilah Rupa Transmission Range Sensor 10 Pin.

Permukaan Ini Mangadap Gearbox 

Permukaan Luar Transmission Range Sensor
Ok untuk pemasangan sensor baru ini kereta perlulah di jack sebelah depan punumpang kerana sensor ini terletak di bahagian luar gearbox mengadap tayar. setelah itu tayar perlulah dibuka. Pastikan aspek keselamatan diutamakan semasa menjalankan proses ini. jangan bergantung kepada jack sahaja letakkan jack stand dan tayar kereta dibawah body kereta bagi menyokong jack kita jika berlaku perkara tidak diingini.

Bagi memudahkan tugasan kita semasa pemasangan nanti. letakkan gear neutral semasa awal proses sebelum kereta di jack. kerana transmmision range sensor yang baru disetkan kepada neutral.

Setelah itu buka dua dua push retainer yang terdapat pada kereta bagi membolehkan kita mengakses Transmission Range Sensor cover. 

Buka dua bolts cover ini bagi membolehkan kita mengakses transmission range sensor 



Apabila cover  telah selesai dibuka. Kita dapat dapat melihat sensor yang bewarna hitam seperti gambar diatas. Terdapat dua bolts memegang sensor ini.Bagi membuka nut sensor ini kita perlu menggunakan spanar saiz 10. Selain itu kita juga perlu megeluarkan soket wire yang dihubungkan kepada sensor ini tetapi jangan tekan terlalu kuat soket ini kerana mudah patah.

**Peringatan sewaktu pemasangan** line yang berada di tengah-tengah itu selari dengan housing Transmission Range Sensor. kedudukan ini adalah untuk neutral gear. Selalunya kalau kita beli spapart kedudukan gear yang disetkan adalah di gear neutral. 
Namun jika dah terlajak gerakkan boleh adjust kembali dengan menggunakan pembaris besi. pastikan pembaris boleh masuk di dalam line di tengah dan juga housing. Seperti kedudukan A,B dan D di dalam gambar di atas.

Sewaktu ingin memasang sensor yang baru untuk memastikan kedudukan gear di neutral gunakan feeler gauge saiz 2.0 mm (0.08 inch) di tengah line dan pastikan shaft di gearbox selari dengan line ini. Jika tiada feeler gauge jangan risau kita juga boleh gunakan pembaris besi. Dalam masa yang sama ikat kembali dua bolts yang memegang transmission range sensor ini.

Setelah itu jangan lupa pasang kembali cover transmission range sensor dan ketatkan dua bolt.

Ok Selepas semua proses diatas selesai kita pasang sensor baru dan test sama ada masalah ini masih berlaku atau tidak. 


Bagi pengguna yang nak jimatkan kos sebenarnya kita masih boleh repair Transmission Range sensor ini.
caranya buka 6 biji philips screw dan buka housing dan cuci plate tembaga menggunakan kertas pasir untuk melicinkan kembali permukaan yang telah rosak. tetapi jika plate ini telah rosak teruk perlulah ditukar

Saya sertakan link contoh video youtube bagi memudahkan lagi pemahaman. Didalam video ini anda boleh lihat bagaimana proses membuka sehinggalah proses service. Lebih kurang sama dengan kereta civic fd


Setakat itu perkongsian saya buat masa ini untuk next entri saya akan kongsikan tentang OBD 2 adapter.

27 comments:

  1. No sy 0173792367 sham.sy nl wt pertanyaan skt tuan

    ReplyDelete
  2. Salam tuan, sy rasa sama yg sdg berlaku pada kereta sy, adakah itu puncanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya boleh jadi juga. tetapi nak selamat scan dulu. Sebab punca dia banyak dan boleh jadi wire soket longgar, wire putus. cek basic dulu sebelum tukar sensor.

      Delete
    2. Assalam tuan
      Fd 2.0(a) thn 2011 masalah sama mula2 berat nak hidup 3-4 kali . Parking kat rumah esok jame pulak x hidup .
      Stater/batteri kuat tpi mcm bila nak smpi enjin mcm cut pulak bunyi itu dan x hidup dah cuba tukar gear ke n/r/s/2 masih jgk mcm itu.
      Pohon info / nasihat shbt

      Delete
    3. Waalaikumsalam En Azman.
      selalunya kalau transmission range sensor problem. Waktu kita pusing kunci akan jadi kosong. starter tak crank dan lampu dashboard akan malap.

      check engine light menyala tak dekat meter.

      satu lagi kalau tolak gear pun tak nak hidup. masuk gear ke D tolak kereta ke depan @ belakang sedikit. lepas itu masuk P balik. InsyaAllah boleh start kalau masalah Transmission range sensor ni.

      Delete
  3. Salam. Adakah benda ini juga menyebabkan gear lambat masuk dan kadang2 shif xboleh guna. Mohon bantuan kawan2 yg pernah alami masalah berikut. Sy modal xbanyak silap hantar bengkel mkn pasir. Kalau nk tlg sy boleh wssap 0199801715

    ReplyDelete
  4. Salam. Adakah benda ini juga menyebabkan gear lambat masuk dan kadang2 shif xboleh guna. Mohon bantuan kawan2 yg pernah alami masalah berikut. Sy modal xbanyak silap hantar bengkel mkn pasir. Kalau nk tlg sy boleh wssap 0199801715

    ReplyDelete
  5. Salam. Adakah benda ini juga menyebabkan gear lambat masuk dan kadang2 shif xboleh guna. Mohon bantuan kawan2 yg pernah alami masalah berikut. Sy modal xbanyak silap hantar bengkel mkn pasir. Kalau nk tlg sy boleh wssap 0199801715

    ReplyDelete
  6. Salam. Adakah benda ini juga menyebabkan gear lambat masuk dan kadang2 shif xboleh guna. Mohon bantuan kawan2 yg pernah alami masalah berikut. Sy modal xbanyak silap hantar bengkel mkn pasir. Kalau nk tlg sy boleh wssap 0199801715

    ReplyDelete
  7. Salam. Adakah benda ini juga menyebabkan gear lambat masuk dan kadang2 shif xboleh guna. Mohon bantuan kawan2 yg pernah alami masalah berikut. Sy modal xbanyak silap hantar bengkel mkn pasir. Kalau nk tlg sy boleh wssap 0199801715

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. untuk masalah tuan. Ianya lebih kepada isu pressure minyak. kerana proses penukaran gear bagi kereta civic auto semuanya menggunakan tekanan minyak. Perkara yang paling mudah dan boleh dibuat sendiri ialah cuba tukar minyak gearbox dan auto filter gearbox dahulu.

      Delete
  8. Aslkm, saya nak tanya...kereta saya pagi2 jerk dari P ke D, dah shift ke D, kereta taknak jalan, kena tekan minyak lama sedikit, baru kedepan dgn sentapan yg kuat, bagaimana saya boleh diagnose yg ni?

    ReplyDelete
  9. Waalaikumsalam en SallehFD2. Isu ini selalunya berpunca daripada oil pressure yang bocor di dalam gearbox. getah Seal didalam gearbox dah keras dan Waktu pagi viscosity minyak rendah jadi oil pressure yang dihasilkan rendah kerana minyak tadi dapat keluar melalui oil seal yang keras tadi. Perkara yang dapat dilakukan ialah tukar oil filter dan cuba masukkan jvautolube @ autoX dulu.

    ReplyDelete
  10. Terima Kasih Tuan, agak2 kalau pergi Honda Service centre mereka dapat detect error code ke Tuan?......saya pernah tanya mereka, katanya ATF Oil Seal tak rosak, tak leak di butang minyak........mungkin kah Transmision Pressure Sensor Tuan?

    ReplyDelete
  11. ada naik check engine code tak. kalau ke service center mereka boleh scan. jika ada check engine code boleh detect . Ya boleh juga disebabkan masalah selenoid yang kotor. jika transmission range sensor. simptom dia lain. simptom transmission range sensor seperti lampu di dashboard berkedip2, engine tak dapat dihidupkan.

    Boleh cuba scan tengok code apa yang naik.

    ReplyDelete
  12. SallehFD2 kalau dok mana. kalau di perlis saya boleh la nak tolong scankan.

    ReplyDelete
  13. salam... transmission Pressure sensor honda civic fd 2.0 thun 2006 location dy kt mne eh

    ReplyDelete
  14. input n output sensor dh tukar.. sentap tu kurang dh ckit.. nk try tukar transmission Pressure sensor tpi tk thu location

    ReplyDelete
    Replies
    1. atas gearbox. kena buka filter box baru boleh akses kepada pressure sensor gearbox auto

      Delete
    2. Saya punya baru jadi mcm ni.. waktu pagi gear mcm sangkut2 nk masuk.. pernah jadi bila dah masuk D tapi gear tak masuk.. letak blik N pastu masuk D baru masuk.. adakah solution tukar filter & masuk oil treatment bole resolved?

      Delete
  15. Ada pergi Bengkel dia suruh overhaul gearbox? Budget xde

    ReplyDelete
  16. Cuba masuk oil treatment dulu. Tahan la sekejap.
    Tapi untuk long term kena overhaul atau tukar gearbox lain.

    saya sendiri pun tukar guna manual gearbox. tak sanggup nak hadap kos tukar minyak ATF, Filter ATF, dan kemungkinan akan jadi masalah ini di masa depan.

    ReplyDelete
  17. Kenapa ye waktu masok gear P ke D ad sentapan....Klau masok R xdop masalah..kadang2 sentapan tu kuat,kadang2 slow,kadang2 xdop pun sentapan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gearbox auto ni banyak selenoid dan seal. Jika saluran minyak tersumbat,seal dah bermasalah atau selenoid bermasalah perkara sentapan ini mudah berlaku. Sebab itu gearbox auto ni filter minyak perlu ditukar mengikut masa

      Delete
  18. Kalau tukar seketul gear box civic fd2.0 tahun 2009 yang selalu sentap berapa anggaran nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga anggaran tu kena ikut kedai dan kondisi gearbox

      Delete

Honda Tech Car Drifts to the Right

Honda Tech Car Drifts to the Right The owner of a Honda vehicle drifts to the right at highway speeds. The probable cause of this condition ...