Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada kali ini saya ingin kongsikan sedikit info berkaitan oil pump DC5 dan oil pump FD2R. Sudah tentu bagi pemilik kereta civic FD2 yang menginkan kuasa dan tekanan minyak yang lebih kuat akan menukar oil pump asal yang mempunyai balancer kepada FD2R atau DC5 type R.
Sebelum saya teruskan dengan lebih lanjut berkenaan perbezaan kedua oil pump ini saya ingin juga kongsikan oil pump bagi kereta honda civic FD2. Untuk oil pump asal civic FD2 didatangkan dengan balancer shaft. Fungsi balancer shaft ini adalah untuk mengurangkan getaran secondary daripada engine. Balancer shaf ini dipasang pada engine k20z2 pada civic FD2 adalah bertujuan untuk memastikan pemandu merasa selesa kerana getaran pada engine dapat dikurangkan melalui balancer shaft ini. Nampak macam positif sahaja balancer shaft ini kan. Tidak juga, setiap kebaikan pasti ada kelemahan. Kelemahan penggunaan balancer shaft ini ialah sedikit kuasa daripada engine akan digunakan bagi memastikan sistem bancer shaft ini beroperasi. Majoriti mengatakan sekitar 5 horse power akan hilang untuk balancer shaft ini. Selain itu penambahan balancer shaft ini akan menambahkan berat engine dan berat kereta dan dalam masa yang sama akan menambahkan lagi part yang bergerak didalam kereta tersebut. Apabila banyak benda yang bergerak pasti akan berlaku wear and tear pada barangan tersebut. Nah di sinilah point modal kita akan keluar. Itulah kelemahan balancer ini.
Oil Pump K20Z2
Ok berbalik kepada topik kita.
Perbezaan Oil Pump DC5 Type R dan FD2
Oil pump DC5 type R
Oil pump FD2 Type R
Perbezaan Oil pump DC5 Type R (Kiri) Oil pump FD2 Type R (kanan)
Inilah Perbezaan Oil pump DC5 Type R
Boleh nampak lagi tak perbezan yang ketara diantara gambar kiri dan kanan di atas.
Mari kita kupaskan Jika dilihat pada gambar di atas saya ada menunjukkan perbezaan diantara kedua-dua pump ini. Perbezaan pertama ialah pada ketinggian oil pick up. Pada model FD2 Type R oil picup ditambah baik supaya lebih tinggi berbanding oil pick up DC5 type R. perkara ini amatlah penting untuk memastikan tidak berlaku situasi oil starvation sewaktu engine kita beroperasi. Terutamanya ketika mengambil selekoh. Perkara ini pasti ada sebab dan data yang menyokong perubahan ini dilakukan oleh pihak Honda.
Perbezaan kedua diantara kedua-dua oil pump ini ialah dari segi struktur badan oil pump itu. pada oil pump FD2 Type R terdapat sedikit lengkungan manakala pada untuk DC5 Type R tiada lengkungan. Perkara ini terjadi apabila pihak honda telah melakukan sedikit revise pada keluaran engine K Series yang terbaru. Dikatakan perubahan pada engine block ini adalah untuk mengukuhakan lagi struktur engine itu.
Persoalannya boleh tak pengguna engine yang didatangkan dengan balancer ini menukar kepada oil pump DC5 Type R. Boleh sebenarnya tetapi perlulah dilakukan sedikit trimming pada body oil pump itu.
Namun perlu diingat engineer honda telah melakukan pengiraan setiap aspek sebelum sesuatu barang itu dikeluarkan untuk pasaran. ok begini ceritanya. untuk oil pump DC5 type R jarak diantara bahagian dasar oil sump dengan hujung pick up oil telah di dihitung dengan baik agar apabila pemandu melaui pelbagai situasi minyak akan tetap dapat disedut dan peluang untuk masalah oil starvation tidak akan berlaku walaupun sewaktu kenderaan melalui jalan coner.
Masalahnya apabila kita menukar oil pump DC5 Type R kita perlu juga menggunakan oil sump dari model DC5 Type R. Tetapi masalahnya oil sump DC5 Type tidak dapat digunakan di kereta FD2 kerana mounting bagi kedua-dua kenderaan ini berbeza. Di sinilah punca masalah itu berlaku. Kedalaman kedua-dua oil sump ini adalah berbeza. Ditambah pula dengan ketinggian pick up oil pum yang kita pasang tadi juga berbeza. Keadaan ini akan menyebabkan clearence yang terlalu besar diantara dasar oil sump dengan oil pick up. keadaan ini akan menyebabkan minyak tidak dapat disedut secara optimum setiap masa disebabkan kenderaan yang kita bawa akan melalui pelbagai bentuk jalan dan muka bumi. Contohnya sewaktu kereta berada di jalan rata minyak dapat disedut dengan baik. namun apabila kita menaiki cerun atau coner minyak didalam oil sum akan bergerak ke arah kiri, kanan,depan atau belakang. sewaktu minyak ini bergerak terdapat ruang udara nah disinilah punca yang terjadinya oil starvation. walaupun berlaku dalam masa singkat tetapi dampak buruknya akan menyebabkan kerosakan yang fatal kepada engine.
Panjang sudah rasanya saya mengarang bab ini. saya harapkan perkongsian saya ini dapat membantu semua orang. Seperti biasa jika terdapat kesilapan didalam penulisan saya ini mohon untuk dibetulkan. Sekian.
No comments:
Post a Comment