Pada hari ini saya ingin berkongsi satu lagi pengalaman saya berkenaan masalah kereta yang saya hadapi baru-baru ini.
Untuk makluman saya menggunakan gearbox manual 6 speed dari model honda civic FD2R.
Masalah yang saya hadapi ialah apabila kereta dalam keadaan neutral ada kedengaran bunyi di bahagian antara gearbox dan engine. saya tidak dapat memastikan sama ada bunyi tersebut berpunca dari gearbox atau engine.
Bunyi ini akan hilang apabila padel clutch ditekan. Namun apabila padel clutch dilepaskan bunyi itu akan kembali menghantui saya. Bunyi ini juga dapat didengari sewaktu kereta sedang bergerak.
saya ada rujuk mekanik dan juga group kereta.
antara kemungkinan yang saya dapat dari mereka ialah:-
- throw out bearing
- input shaft bearing
- pilot bushing
- clutch
- Main shaft bearing
- differential
Daripada jawapan ini saya mula meneliti adakah kemungkinan ianya berkait dengan masalah yang saya hadapi.
Bagi masalah throw out bearing. Masalah ini tidak berkait dengan kes saya kerana jika throw out bearing bermasalah bunyi akan terjadi ketika padel clutch ditekan. ketika padel clutch ditekan throw out bearing akan menekan presure plate dan ketika inilah bunyi akan terjadi jika bearing ini bermasalah. Kes saya bunyi terjadi apabila padel clutch dilepaskan.
Bagi kemungkinan kedua Input shaft bearing. kemungkinan ini adalah point yang besar bagi kes saya ini. Saya juga menjumpai banyak kes yang melibatkan civic generasi ke 8 ini berhadapan dengan masalah ini. Oleh itu saya merancang untuk menukar semua bering didalam gearbox saya. Selain itu dah buka baik saya tukar juga kesemua oil seal yang terdapat didalam gearbox ini.
kemungkinan ketiga juga saya ambil perhatian iaitu pilot bushing. Pilot bushing ini murah sahaja tetapi jika proses menukarnya yang sukar kerana perlu menurunkan gearbox. Sudah alang - alang turunkan gearbox baik tukar sahaja pilot bushing yang baru.
kemungkinan ke empat ini sebenarnya pada permulaannya saya tidak begitu tekankan memandangkan fokus saya ketika ini mengatakan bahawa bearing yang menyebabkan masalah bunyi ini.
ok setelah kesemua kebarangkalian saya ambil kira. saya memilih untuk menukar kesemua bearing dan juga oil seal di dalam gearbox. Saya order kesemua alat gantian bearing ini di service center terdekat dengan rumah saya.
Dalam hati minta- minta selesailah masalah ini jika tukar kesemua bearing ini.
Dipendekkan cerita saya mendapat panggilan dari service center honda yang memaklumkan barang yang saya order telah sampai di service center honda. Saya pun hadir ke service center honda bagi mengambil semua barang tersebut. saya mula untuk menukar bearing ini. Dalam proses ini banyak juga cabaran saya hadapi. Cabaran
pertama saya ialah nut subframe tidak mahu keluar. Saya menggunakan air impact namun disebabkan torque air impact saya tidak kuat maka nut ini tidak boleh dibuka. Saya terpaksa meminjam dari jiran saya yang juga seorang mekanik. Setelah selesai menurunkan subframe datang lagi masalah iaitu menurunkan gearbox. Untuk makluman gearbox fd2r ini tidaklah begitu berat. Namun jika kita berada dibawah kereta kekuatan kita menjadi terhad. jadi bagi mengatasi masalah ini saya terpaksa DIY gearbox holder yang mana akan diletakkan di slot jack hidraulic. Fungsi holder ini menahan gearbox bagi mengelakkan daripada terjatuh dan bergerak ke kiri atau kanan.
Namun pengalaman ini amat bermakna bagi saya. Pertama kali dalam hidup turunkan gearbox kereta sendiri. Kepuasan yang diperolehi tak dapat diceritakan dengan kata-kata. Ramai orang boleh bercerita namun tidak ramai orang boleh merasai nikmatnya jika tidak melaluinya sendiri.
Wah bermadah pula di sini.
Ok2 kita teruskan. Ini merupakan gambar bearing dan oil seal yang telah dibeli oleh saya. Kesemua bearing ini adalah bearing yang terdapat didalam gearbox fd2r.
untuk makluman juga saya tidak membeli shim kerana tidak mengetaui ketebalan shim original gearbox saya.
Bagi menggantikan counter shaft bearing saya perlu memuka nut allien key. Untuk makluman untuk membuka nut ini kita perlulah menggunakan allien key bersaiz 12 mm. PERINGATAN ya bagi membuka nut ini kita perlu mengikut arah jam. jika nut biasa kita perlu melawan arah jam.
Setelah selesai semua proses penggantian bearing. Tibalah masa yang ditunggu-tungu sama ada berjaya atau tidak proses kali ini. kunci kereta pun dimasukkan
Apabila engine dihidupkan alangkah luluhnya hati bunyi yang dimaksudkan masih bernyanyi.
Terasa bagai hilang semangat. Namun apa kan daya projek kali ini tidak berjaya.
Selang beberapa hari rasa frust tersebut mulai hilang sedikit demi sedikit. Datang semangat baru yang semakin membuak - buak ingin menyelesaikan masalah ini.
Kajian baru dimulakan. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. sekurang-kurangnya saya telah menukar kesemua bearing gearbox saya. Dalam kata lain saya telah melakukan proses rebuild gearbox saya.
Bagaikan sudah ketentuan tuhan. Apabila saya melayari youtube. Video pertama yang dicadangkan dari youtube adalah masalah clutch disk rattle.
Perkara yang saya diluar perhatian saya sebelum ini menjadi perhatian saya kembali. Saya mula mencari masalah berkaitan clutch disk ini. Daripada pencarian dan masalah dihadapi oleh penguna penguna kereta lain saya dapati beberapa masalah yang menyebabkan bunyi dari clutch disk berpunca daripada beberapa faktor di clutch itu sendiri iaitu:-
-spring damper clutch disk sudah longgar
-center clutch sudah longgar
-clutch disk pecah (Jarang berlaku bagi pengguna biasa)
Namun begitu saya masih lagi tidak begitu yakin 100 peratus. kerana masalah bunyi ini juga berlaku ketika kereta bergerak.
Setelah mengkaji dan melihat video di youtube dan mendapat pandangan dari penguna-penguna jentera civic di group civic 8th saya telah bertekad untuk menukar clutch baru memandangkan clutch yang saya guna kini bukanlah original dan agak lama.
clutch plate fd2r
Saya mengambil keputusan untuk order clutch disk dari seller yang saya kenali sebelum ini kerana jika proses ordering dibuat di SC honda mengambil masa agak lama kerana part yang saya inginkan tiada ready stok di Malaysia. Clutch disk yang saya order ini juga merupakan original berbanding dengan clutch disk saya yang lama.
masa yang ditunggu tungu pun telah pun tiba.
Saya memulakan proses ini dari pagi kerana target saya bagi menyiapkan semua proses ini dalam hari yang sama.
proses turun subframe
jack engine
turun gearbox
keluarkan pilot bushing
ganti clutch
naikkan gearbox dan pasang balik
jam 2 pagi baru siap pasang semua
Tibalah masa dan saat yang paling ditungu2 adakah projek kali ini berjaya. Adakah bunyi yang bernyanyi selama ini akan senyap.
Engine kereta dihidupkan.
Alhamdulillah syukur kepadaNya bunyi yang selama ini menghantui dan menemani setiap detik sudah tidak kedengaran lagi.
Lapang rasanya dada. Apabila masalah ini telah selesai.
Yang paling manisnya ialah semua proses ini dibuat sendiri di rumah. Hasil tangan sendiri. Memang betul kata Christ fix salah seorang youtuber. kemanisan yang diperolehi apabila kejayaan yang dibuat ataupun dilakar adalah titik peluh sendiri.
Jika dilihat dari segi penjimatan sudah pasti ianya sangat menjimatkan. Keseluruhan kos yang dikeluarkan bagi proses rebuild gearbox, tukar clutch baru, tukar pilot bushing dan kos alatan-alatan sokongan adalah sama dengan kos upah di kedai bagi menurunkan gearbox dan menukar clutch plate baru.
Namun proses ini memerlukan kesabaran dan memerlukan masa yang banyak. Selain itu perkara yang paling penting Ilmu, minat dan keberanian. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Saya sertakan link video yang saya muat naik di youtube bagi semua dapat gambaran yang lebih jelas masalah yang saya maksudkan
https://youtu.be/kAM8IXtQSIo
Setakat inilah coretan saya pada kali ini. maaf andai tersalah info. yang baik boleh diambil yang salah boleh betulkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment