Hari ini saya ingin berkongsikan sedikit pengalaman saya memasang oil press di kereta honda civic fd2.
Untuk makluman bagi sesebuah engine tekanan minyak adalah sangat penting bagi memastikan setiap bahagian didalam engine mendapat pelincir agar dapat berfungsi dengan baik.
Bagi kereta standart sebenarnya telah dilengkapi dengan oil pressure switch dari kilang bagi memantau tekanan minyak ini.
Namun oil pressure switch ini fungsinya tidak banyak dan hanya memaklumakan kepada ECU terdapat masalah pada sistem tekanan minyak. Manakalah ECU akan memaklumkan kepada kita melalui lampu di meter (teko aladin) jika tiada tekanan minyak didalam engine setelah engine dihidupkan.
Kebaikan Oil pressure gauge ini ialah berfungsi bagi membantu kita memantau tekanan minyak engine di dalam sesebuah engine bagi setiap RPM engine.
Untuk bacaan yang lain saya dapat baca daripada hondata namun bagi oil pressure ini tidak disediakan oleh itu bagi mendapatkan maklumat yang lebih baik saya mengambil keputusan untuk memasang oil pressure gauge ini
Ok berbalik kepada topik kita tadi. Gauge
yang saya pasang bukanlah yang branded. gauge ini saya beli dari aliexpress sahaja.
Gauge ini brand Dynoracing. Gauge ini mampu membaca sehingga 10 bar @ 1000 kpa
Set oil pressure gauge dynoracing
Saya memilih untuk membeli satu set dari brand ini. Pemilihan set dari brand yang sama untuk memastikan bacaan yang diperolehi lebih tepat kerana sensor dan gauge telah disetkan oleh kilang bagi satu-satu bacaan tertentu . Didalam set ini kita akan dapat oil pressure sensor dan gauge meter equipment.
Sandwitch adaptor
Selain itu saya memilih adaptor jenis sandwitch. Pemilihan saya ini kerana penggunaan adaptor jenis ini mudah dipasang dan diselenggara. Untuk makluman adaptor ini dipasang di bahagian oil filter engine.
Terdapat juga adaptor jenis T piece. Untuk adaptor ini sebenarnya dipasang di bahagian oil switch engine kereta. Namun bagi adaptor jenis ini banyak pendapat mengatakan tidak tahan dan mudah patah. Selain itu adaptor jenis ini juga didakwa boleh merosakkan thread di bahagian oil switch.
Bagi poses pemasangan sebenarnya tidaklah begitu rumit kerana ianya tidak melibatkan proses modifikasi. Proses yang dilakukan untuk memasang sandwich adaptor ini ialah oil filter perlulah dibuka terlebih dahulu. Tempat oil filter inilah akan dipasangkan sandwich adaptor ini. Oil filter tadi pula akan dipasangkan di atas sandwich adaptor ini. Dan oil pressure sensor akan dipasangkan di bahagian tepi Sandwich adaptor ini.
Namun ketika saya ingin memasang oil pressure sensor saya dapati heat shield original oil filter berlanggar dengan sensor ini. Bagi membolehkan sensor ini dapat dipasang saya perlu mengeluarkan heat shield ini.
Bagi projek saya ini ground wire saya terus direct ke engine kereta. Jadi hanya yang tinggal satu wire signal sahaja perlu disambungkan dari oil pressure sensor ke gauge meter di dalam kereta.
Bagi menghidupkan gauge meter pula dua wayar diperlukan. satu wayar power dan satu lagi wayar ground. Di sini kita boleh memilih warna bagi meter kita ini. Wayar power saya sambungkan ke wayar push start button.
Setelah semua proses wiring dan pemasangan selesai pemilihan tempat yang paling sesuai amatlah penting. Saya memilih kedudukan paling kanan di bahagian cermin kecil. Pemilihan kedudukan ini bagi saya tidak menggangu penglihatan saya di jalan dan juga kelihatan kemas.
Sekian sahaja coretan pengalaman saya kali ini bagi proses pemasangan oil pressure gauge.
Update terkini. Meter brand dynoracing yang saya guna sebelum ini telah rosak. Permulaan kerosakan adalah pada sensor. Setelah ditukar sensor ini. Kali ini kerosakan berlaku pada meter pula. Masalah yang berlaku ialah bacaan tekanan minyak yang ditunjukkan tidak tepat. situasinya ialah apabila RPM kereta berada di bawah 3k RPM bacaan stabil dan tepat namun apabila RPM mencapai 3K ke atas meter tadi tidak dapat memberi bacaan tekanan minyak yang tepat. Bacaan yang ditunjukkan ialah 10 bar. Memang mustahil la 10 bar di mana RPM 3K. Kecuali oil pressure release valve di oil pump tidak berfugsi dengan baik.
Saya membeli meter baru dari shopee kerana ingin menggunakan brand yang lain pula selain itu jika saya membeli dari aliexpress pasti sangat lama untuk sampai malaysia. Kali ini saya memilih untuk membeli oil pressure meter brand defi advance CR tetapi yang brand copy. Ya la nak beli original mahal la pak long oi. Meter ini didatangkan dengan oil pressure sensor sekali. Untuk makluman meter ini juga mampu membaca sehingga 10 bar atau bersamaan 1000kpa.
Meter ini mirip dengan meter lama saya hanya saiz meter ini besar sedikit dari meter lama saya. Ya la kan semua meter ini copy brand defi original.
Saya menggunakan keseluruhan wiring dan part yang baru yang saya beli dari shopee ini.
Pemasangan meter adalah sama di tempat yang lama.
Oil pressure sensor baru
Tetapi terdapat satu perbezaan iaitu Sensor oil pressure. Oil Pressure sensor yang baru ini menggunakan tiga wire dan saiznya lebih kecil berbanding sensor yang lama. Namun wire yang dibekalkan adalah sudah cukup panjang untuk menyambungkan oil pressure sensor dengan meter di dalam kereta.
Proses ini melibatkan penggantian keseluruhan meter,wire,Oil pressure sensor dan proses wiring semula meter.
Oleh kerana oil pressure sensor ini lebih kecil maka saya cuba untuk memasang semula heat shield yang saya keluarkan sebelum ini. Alhamdulillah saya hanya perlu trim sedikit bahagian hujung heat shield dan ianya boleh dipasang tanpa sebarang masalah.
Sekian update saya.
No comments:
Post a Comment