Hari ini adalah cuti dan ada sedikit masa terluang. Jadi apa lagi luangkan masa untuk mencuci dan kita buang jerawat yang telah berkurun lama melekat di cat kereta.
Kerja ini memang memakan masa juga memandangkan DIY sahaja. Dengan menggunakan mesin polisher convensional iaitu tangan. Berpeluh peluh itu sudah tentu. Namun dengan semangat nak kilatkan kereta tetap diteruskan juga sehingga selesai.
Sebenarnya saya telah lama mentelaah cara nak kilatkan kereta. Saya selalu menonton channel youtube AMMO NYC. Banyak ilmu yang boleh diperolehi dari sana.
Hari ini saya berpeluang mengaplikasikan ilmu yang diperolehi ini.
Saya memulakan projek hari ini yang mana melibatkan 4 step. Step pertama ialah proses membersihkan kereta dan clay. proses ini penting bagi membuang kotoran yang melekat di cat. Kotoran ini tidak hilang jika dicuci. Selain itu jika tidak dibuang ianya akan menyebabkan calar ketika proses compound dan Polish.
Setelah itu saya teruskan dengan step "compound" bagi membuang lapisan clear yang telah rosak.
Step ketiga ialah proses polish bagi melicinkan lapisan yang telah dicompound tadi. Bagi dua proses ini mengambil masa yang agak lama kerana cat kereta saya dipenuhi water mark. Tambahan pula proses ini dibuat dengan menggunakan tangan.
Ok Setelah dua proses tadi berakir saya teruskan dengan proses terakhir iaitu ceramic coating.
Untuk proses terakhir ini sebenarnya boleh sahaja jika saya menggunakan WAX. Tetapi ceramic coating ini tahan lama sedikit berbanding WAX.
Apabila semua selesai beginilah hasilnya. Bagi diri saya memang puas hati. Watermark yang terdapat pada cat telah hilang dan apabila kereta dijirus air akan jadi seperti daun keladi.
Sekian,
No comments:
Post a Comment