Sunday, 12 April 2020

Reverse camera fd2r

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini saya ingin berkongsikan cara menggunakan original reverse camera fd2r dengan aftermarket android player.

Setelah lama mencari maklumat berkaitan wiring reverse camera original fd2r yang tiada di dalam internet, hari ini akhirnya saya berjaya juga melakukan proses wiring revere camera original fd2r ini.

Bagi reverse camera original fd2r ini ada pelbagai versi. setiap versi warna wire adalah berbeza. untuk perkongsian kali ini saya hanya akan berkongsi  bagi versi camera yang mempunyai warna wire seperti di bawah. Bagi pemilik camera fd2r yang mempunyai camera versi lain saya minta maaf kerana saya tidak berkesempatan untuk mencuba lagi. Perkongsian saya ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Tak berani nak kongsi kalau kita tak cuba sendiri. Bak kata orang "tak pasti jangan kongsi".

ok berbalik kepada topik kita tadi. Untuk pengetahuan semua original reverse camera mempunyai 4 wayar iaitu:-

signal positif (yellow)
signal negative (white)
power positif 6volt (Red)
power negatif 6 volt (black)

Manakala aftermarket android player pula menggunakan RCA soket.

Bagi membolehkan aftermarket android player berfungsi dengan reverse camera original fd2r kita perlulah membuat proses modifikasi kepada 4 wayar terbabit.

Ok jom kita ke peringkat modifikasi 4 wayar camera ini.

Wayar kuning (Signal positif) dan putih (signal negatif) yang berfungsi sebagai signal akan diconvert ke RCA. wayar ini akan menghantar isyarat video dari camera ke android player

manakala dua lagi wayar iaitu merah dan hitam akan disambungkan dengan sumber power. Selalunya sumber ini akan diambil dari wayar reverse.

selain dari proses ini proses step down voltage juga perlu dilakukan kerana original reverse camera fd2r hanya menggunakan volt sekitar 4-6 volt. jika proses step down voltage ini tidak dilakukan maka komponen didalam camera itu akan mengalami kepanasan dan menyebabkan short didalam litar di camera terbabit.



wire hitam, merah kuning dan putih
setelah disambung dan dicuba

Setelah proses ini selesai barulah kita boleh sambungkan camera ini ke android head unit di kereta.

Bagi proses penyambungan ini sangat mudah. Hanya sambungkan RCA female android head unit dengan RCA soket male wiring bagi camera kita.

saya sertakan sekali diagram bagi memberi gambaran yang lebih jelas tentang perkara ini.


Kesimpulan yang dapat saya berikan di sini ialah kualiti reverse camera original fd2r sebenarnya tidak cantik kerana resolution original camera ini hanya 480p. 
Untuk mendapatkan kualiti reverse camera yang baik sebenarnya mudah namun untuk mendapatkan fitting dan angle camera itu sebenarnya yang sukar dan mencabar. Selain itu proses modifikasi terhadap aftermarket camera juga perlu dilakukan bagi membolehkan kedudukan camera berada seperti kedudukan original.

Sekarang saya menggunakan reverse camera aftermarket. Murah dan mudah untuk diganti apabila belaku kerosakan kepada camera ini. 
Sekian terima kasih Semorga bermanfaat perkongsian saya kali ini.

No comments:

Post a Comment

Perbezaan oil pump DC5 Type R dan FD2 Type R

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini saya ingin kongsikan sedikit info berkaitan oil pump DC5 dan oil pump FD2R. Sudah tentu ...