Sunday, 12 April 2020

Bleeding sistem clutch Civic fd2r

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan. Tahun 2020 ini dunia terutamanya Malaysia negara tercinta ini digemparkan dengan virus covid 19. Jadi kita diarahkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan wabak ini. 
Memandangkan kita perlu meminimumkan  pergerakan kita di luar jadi hari ini saya nak berkongsi pengalaman saya bleeding sistem clutch fd2r. Boleh la sahabat- sahabat mencuba DIY sendiri di rumah.

Mari kita ke topik utama iaitu

Bleed clutch hydraulic system.
  • Sambungkan paip kecil ke screw bleeder (A) dan gantungkan di mana-mana tempat yang sesuai.
  • Pastikan paras minyak di dalam tabung silinder takungan minyak clutch mencukupi, kemudian perlahan lahan tekan pedal clutch sehingga tiada gelembung udara kelihatan lagi didalam paip bleeder.
  • Bagi mengeluarkan semua udara didalam sistem clutch kita perlu mengehadkan pergerakan release fork (B) dengan menggunakan kayu.
  • Ulang proses diatas sehingga tiada lagi udara atau gelembung udara kelihatan pada paip bleeder yang kita pasang tadi.
  • Akhir sekali ketatkan screw bleeder dengan torque 8 N·m (0.8kgf·m, 5.8 lbf·ft). Jangan terlebih ketat nanti loose pula nut bleeder ni.
  • Jangan lupa isi semula minyak ke dalam tabung silinder takungan minyak clutch apabila semua proses di atas selesai
  • Pastikan minyak yang digunakan hanya dari Honda Brake oil DOT 3 atau 4. Kalau boleh guna minyak brake yang baru dibuka dari botol.
  • Periksa kebocoran dan pastikan clutch berfungsi seperti biasa.

7.
Pastikan juga paras minyak didalam silinder 
takungan minyak clutch berada di garisan 
MAX (atas) (A) 

No comments:

Post a Comment

Perbezaan oil pump DC5 Type R dan FD2 Type R

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini saya ingin kongsikan sedikit info berkaitan oil pump DC5 dan oil pump FD2R. Sudah tentu ...