Sunday, 15 August 2021

Rebuild power steering pump civic fd2r

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari ini saya ingin berkongsikan pengalaman saya menukar seal dan bearing bagi power steering pump honda civic fd2r.

Bagi menjalankan proses penukaran ini kita perlu mengeluarkan pump power steering ini dari engine bay. Bagi mengeluarkan power steering pump ini tindakan pertama kita haruslah mengeluarkan belting terlebih dahulu.

untuk mengeluarkan belting ini kita perlu mengendurkan belt tensioner dengan menggunakan spanar  bersaiz 14.

Setelah selesai mengeluarkan belting ini. Kita perlu mengeluarkan dua nat bersaiz 14. Setelah itu kita perlu mengeluarkan pula 2 nut bersaiz 10 yang mana mengikat paip high pressure dan satu nut 10 mm yang mengikat paip resovoir. Setelah itu barulah kita boleh mengeluarkan pump ini. 

Pada pump ini kita perlukan spanar berasiz 12 mm dan 19 mm

4 biji nat bersaiz 12 mm 
1 nut 19 mm yang mengikat pulley 
1 nut 19 mm 


Setelah dibuka semua nat tadi beginilah 
keadaan dalam power steering pump ini.

Keadaan bearing saya yang telah rosak dan agak longgar serta mengeluarkan bunyi. Bagi mengeluarkan bearing ini. Saya menggunakan alatan khas bearing puller. Dengan menggunakan tools ini  kita dapat mengelakkan shaft daripada rosak serta memudahkan urusan kita.



Inilah part number bearing power steering pump. Bagi bearing ini agak special kerana terdapat dua material yang berbeza di bahagian tepi . Sebelah luar menghadap pulley material yang digunakan adalah plastik. Manakala bahagian dalam adalah besi. Penggunaan dua material ini jika diteliti dari laman web NTN sendiri ianya adalah spesifikasi high temperature bearing.

Bahagian luar mengadap pulley

Bahagian dalam bearing baru. Bearing lama saya kepingan tin ini telah terkeluar

Bagi memudahkan pemahaman bagaimana kedudukan seal dan oring ini di dalam oil pump Saya sertakan diagram dan juga part number bagi Power steering seal, O Ring dan bearing.

sila rujuk nombor pada gambar

 8.  91048-P2A-003 
      BEARING, RADIAL BALL 17X40X12
9. 91249-PNC-003 
     SEAL, POWER STEERING PUMP
12. 91345-PAA-A01
      O RING 13.0X1.9
13. 91345-RJL-003 
       (new Part Number 91345-R40-P01)
        O RING 13.0X1.9
14. 91346-PLA-003
       O RING 23.8X2.4
15. 91347-PAA-A01
       O RING 16.7X1.8
16. 91347-PLA-003
       O RING 12.7X1.8
17. 91348-P2A-003
       O RING 51.0X2.4
18. 91349-PNC-J01
       SEAL, PUMP COVER
19. 91349-PNC-003
       SEAL B, PUMP COVER

Peringatan bagi proses pemasangan perkara yang paling penting adalah kebersihan. Jangan biarkan ada habuk atau debu. 

Sekian semorga bermanfaat kepada semua.






No comments:

Post a Comment

Perbezaan oil pump DC5 Type R dan FD2 Type R

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini saya ingin kongsikan sedikit info berkaitan oil pump DC5 dan oil pump FD2R. Sudah tentu ...