Tuesday, 2 July 2024

Penukaran Lower Link depan dan belakang civic fd2

LOWER LINK DEPAN DAN BELAKANG CIVIC FD2

Pada hari ini saya berkesempatan untuk menukar lower link depan dan belakang kereta saya.

Masalah yang terjadi ialah apabila saya melalui jalan yang tidak sekata akan kedengaran bunyi ketukan. Ditambah pula jalan untuk masuk ke rumah saya jalan berbatu dan permukaan jalan yang tidak berturap. Jalan kampung standart la kan. Keadaan ini menyebabkan bunyi ini semakin kuat saban hari. Selain daripada masalah bunyi kereta saya juga terasa membuang ketika mengambil selekoh.

Berikut part number original bagi alat ganti lower link ini.
Bahagian hadapan

Nombor 13 didalam diagram
51320-SNA-A02
LINK COMP.,R. FRONT STABILISER

Nombor 14 didalam diagram
51321-SNA-A02
LINK COMP.,L. FRONT STABILISER



Bahagian belakang

Nombor 13 didalam diagram 
52320-SNA-A01
LINK COMP.,R. REAR STABILISER

Nombor 14 didalam diagram
52321-SNA-A01
LINK COMP.,L. REAR STABILISER

Sebenarnya banyak alat ganti lain selain daripada original ini di kedai alat ganti. Saya memilih untuk membeli original part. Saya lebih yakin dengan original part kerana sebelum ini saya pernah menggunakan brand lain tetapi ketahanan barang itu tidak sama dengan kualiti barang original. Ini memang sudah semestinya. Barang original ini saya beli dengan harga RM280.00. Jika alat ganti lain harganya jauh lebih murah. 

Ikut poket dan juga situasi. kalau tengah terdesak saya pun ambil yang bukan original haha.

Bagi membuka lower link yang lama sebenarnya tidak perlu untuk jack kereta. Namun bagi mempercepatkan proses dan melakukan dengan selesa bolehlah jack kereta.

Saya memilih untuk tidak jack kereta untuk melakukan proses penukaran lower link ini. Lagipun proses ini saya lakukan sendiri di rumah dan tidak mengejar masa. Tambahan pula malas nak jack kereta haha. leceh nak tarik jack dan jack stand.

Untuk melakukan prose ini hanya perlukan spannar saiz 14 dan juga allen key.







Head CFM OEM dan code gearbox

Perkongsian sedikit berkaitan CFM bagi head honda k series yang datang dari kilang.  Untuk makluman CFM merupakan singkatan kepada Cubic feet per minute. Untuk bacaan CFM ini lagi tinggi bacaannya lagi baik kerana angin dapat masuk ke kebuk pembakaran dengan cepat dan dalam masa yang sama kuasa kuda yang dihasilkan juga akan meningkat.

Oleh itulah sering kita dengar mengapa orang yang mengejar kuasa sesebuah engine sering melakukan proses porting head.

Berikut merupakan bacaan CFM yang dicatatkan oleh honda bagi setiap engine head K series yang mereka keluarkan mengikut kod. Bacaan ini untuk head engine original yang dikeluarkan oleh kilang. Namun bagi head yang telah melalui proses porting sudah tentu bacaannya akan berbeza dengan data di bawah.


RBB 279 CFM
RBC 291 CFM
PPA 297 CFM
PRB 299 CFM
RSP 312 CFM

Selain itu bagi pemilik honda berikut juga merupakan code bagi gearbox untuk makluman.

Gearbox FD2 5 speed manual    (Code RPD6) Gearbox CL9 Type S                     (Code AST5) 
Dua2 gearbox ni dtg dgn final drive 4.3.
Boleh upgrade ke final drive DC5/CL7R 4.7 atau final drive
Gearbox DC5 Type R (Code Y2M3)
Gearbox FN2 Type R (Code SPWM, RZT)
Gearbox FD2 Type R (Code SPNM)

Untuk makluman maklumat yang saya berikan ini hanya sekadar rujukan. Namun sekiranya maklumat yang saya berikan ini tidak tepat bolehlah perbetulkan di ruang komen.
Sekian terima kasih.

Bunyi bila lalu zebra line

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

perkongsian saya kali ini ialah penukaran brake pin honda civic fd2.
Saya melakukan penukaran brake pin kerana apabila melalui zebra line akan kedengaran bunyi seperti skrew yang longgar dan mengeluarkan bunyi seperti besi diketuk.
 
Brake pin ini juga dibuat dari besi dan sudah tentu tidak lari dari proses wear and tear apabila beroperasi setiap hari apabila kita menekan brake 


Ini merupakan gambar brake pin 
Bagi part number original terdapat dua pin iaitu pin A dan pin B.
Pin A - Part no 45235-S0K-A01
Pin B - Part no 45262-S0K- A01

Untuk mengeluarkan pin ini prose pertama tayar kereta hendaklah dibuka. Setelah itu dua nut yang mengikat pin ini perlulah dibuka. 
Setelah selesai pin ini boleh dikeluarkan dengan cara menarik keluar dari lubang di brake. Namun perlu diingat sewaktu pemasangan anda perlu meletakkan high temperature grease agar bahagian besi ini mempunyai pelincir dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan geseran diantara dua logam. Selain itu penggunaan grease high temperature ini penting, agar grease ini dapat kekal dalam keadaan asal dan tidak mencair.

Sekian sahaja coretan saya untuk kali ini pengalaman saya menukar brake pin honda civic fd2.

Tukar clutch full set

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

pada hari ni saya ingin berkongsikan pengalaman saya menukar clutch buat kali kedua.

Masalah yang saya hadapi kali ini ialah apabila kereta nak bergerak terdapat gegaran. Pada peringkat awal saya menjangkakan berlaku kerosakan pada drive shaft. Namun apabila masalah ini dibiarkan saya dapati terdapat bunyi pada bearing clutch pula.
Tanda- tanda bearing clutch rosak ialah apabila pedal clutch ditekan terdapat bunyi dengungan yang agak kuat. 
Saya masih lagi bersabar dengan masalah ini. 
Kemuncak masalah ini ialah apabila saya berada di traffic light. Sewaktu memasukkan gear satu untuk bergerak kereta saya tersengguk - sengguk  padahal clutch masih tidak dilepaskan. Keadaan ini jadi seperti seperti kita terlepas clutch dengan cepat. Nasib baiklah kereta depan dah jauh. 


Pada kali ini saya menukar keseluruhan set clutch. Item yang saya tukar ialah 
Clutch pressure,
Clutch disk
Bearing clutch

Gambar sebenar Clutch disk yang telah rosak. Jika dilihat pada spring bawah terdapat kepingan yang telah pecah dan menyebabkan gegaran.

Kepingan besi clutch yang patah

Bearing clutch yang baru

Ketiga - tiga barangan yang baru

Ini merupakan part number bagi barangan original 

BEARING, CLUTCH RELEASE 
22810-PPT-003

DISK COMP., PRESSURE 
22300-PRC-003

DISK COMP., FRICTION 
22200-PRC-003



CYLINDER ASSY., CLUTCH SLAVE 
46930-S7C-E02

 Saya pun memulakan pemasangan kesemua barangan ini. Sama seperti proses saya sebelum ini. Proses yang melibatkan subframe perlu dibuka dan gearbox perlu diturunkan. Setelah semya barangan ini selesai dipasang namun saya hadapi masalah baru dari kesilapan saya sendiri. Masalahnya satu pin penyelak untuk cable gear patah. Saya terpaksa mencari barangan aftermarket yang saya beli di kedai sparepart. Nak dapatkan segera tidak dapatlah. Jadi saya terpaksa jugalah order dari service center honda.


Inilah barangan yang saya maksudkan.

Nama barangan ini ialah PLATE CHANGE, WIRE

no part barangan ini ialah

54357-SF1-003. 


Alhamdulillah setelah semua barang ini ditukar kereta saya beroperasi dengan baik semula. Untuk makluman barang ini saya dapati telah dijual di shopee.
Ini merupakan link untuk barangan tersebut.

Sekian sahaja coretan saya untuk kali ini.

Monday, 1 July 2024

Menukar lower arm FD2R

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menukar lower arm kereta saya. 
Untuk makluman semua tujuan saya menukar lower arm ini adalah kerana kereta saya asyik tarik ke kiri ketika kereta dipandu. Selain itu kereta saya juga terasa tidak tegap.

Keadaan ini terjadi setelah saya menukar subframe fd2 kepada fd2r. selain dari subframe saya juga menukar steering rack jenis EPS kepada HPS. 
 Setelah lower arm dibuka dari kereta dan diamati beginilah gambar lower arm kiri dan kanan pada kereta saya.

Gambar lower arm kiri dan kanan


Lower arm kiri
lower arm kanan

Setelah diamati dengan teliti saya dapati bush pada kiri dan kanan masih dalam keadaan baik. wajarlah masih dalam keadaan baik kerana saya menggunakan bush original yang saya order dari honda. Namun saya dapati terdapat sedikit perbezaan diantara lower arm kiri dan kanan ini. Dibahagian lower arm kiri besi tulang yang digunakan untuk mengikat stabiliser link. 


Beginilah gambar lower arm fd2r yang saya beli. Namun bush besar perlu diganti kerana telah retak.


Sebelum saya memasang lower arm ini di kereta saya menukar bush lama terlebih dahulu. Untuk menukar bush lama ini saya ke kedai press bagi proses press bush lama keluar dan press bush baru masuk.



Gambar saya sewakti di kedai press



Perbezaan oil pump DC5 Type R dan FD2 Type R

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini saya ingin kongsikan sedikit info berkaitan oil pump DC5 dan oil pump FD2R. Sudah tentu ...