Perkongsian sedikit berkaitan CFM bagi head honda k series yang datang dari kilang. Untuk makluman CFM merupakan singkatan kepada Cubic feet per minute. Untuk bacaan CFM ini lagi tinggi bacaannya lagi baik kerana angin dapat masuk ke kebuk pembakaran dengan cepat dan dalam masa yang sama kuasa kuda yang dihasilkan juga akan meningkat.
Oleh itulah sering kita dengar mengapa orang yang mengejar kuasa sesebuah engine sering melakukan proses porting head.
Berikut merupakan bacaan CFM yang dicatatkan oleh honda bagi setiap engine head K series yang mereka keluarkan mengikut kod. Bacaan ini untuk head engine original yang dikeluarkan oleh kilang. Namun bagi head yang telah melalui proses porting sudah tentu bacaannya akan berbeza dengan data di bawah.
RBB 279 CFM
RBC 291 CFM
PPA 297 CFM
PRB 299 CFM
RSP 312 CFM
Selain itu bagi pemilik honda berikut juga merupakan code bagi gearbox untuk makluman.
Gearbox FD2 5 speed manual (Code RPD6) Gearbox CL9 Type S (Code AST5)
Dua2 gearbox ni dtg dgn final drive 4.3.
Boleh upgrade ke final drive DC5/CL7R 4.7 atau final drive
Gearbox DC5 Type R (Code Y2M3)
Gearbox FN2 Type R (Code SPWM, RZT)
Gearbox FD2 Type R (Code SPNM)
Untuk makluman maklumat yang saya berikan ini hanya sekadar rujukan. Namun sekiranya maklumat yang saya berikan ini tidak tepat bolehlah perbetulkan di ruang komen.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment