Sunday, 30 June 2024

Menukar sandwich adaptor yang baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menukar sandwich adaptor versi lama kepada versi baru yang lebih padat dan kemas.

Ini merupakan gambar sandwich adaptor saya yang lama. Bentuknya separuh bulat. Untuk adaptor lama ini saya beli melalui aliexpress. Adaptor ini adalah universal. Untuk makluman adaptor merupakan salah satu cara yang diperlukan jika kita ingin memasang oil pressure sensor dan oil temperator sensor. Memang terdapat kaedah lain. Namun kaedah ini yang paling mudah dan selamat bagi hemat saya.

Ini gambar dimana sandwich adaptor ini masih berada di kereta


Tujuan saya menukar sandwich adaptor ini adalah kerana adptor yang lama sering terdapat lelehan kebocoran minyak hitam. Lelehan minyak hitam tersebut tidaklah banyak namun menyebabkan kawasan berdekatan dengan oil filter ini basah dengan minyak. Selain itu sedikit sebanyak akan menggangu performance engine kerana terdapat gangguan didalam sistem tekanan minyak. 

Oleh itu setelah hampir 3 tahun saya menggunakan adaptor lama ini. Saya dapati adaptor ini bagus namun tidak begitu sesuai dengan saya. Dimana saya lebih suka mengekalkan barang-barang OEM yang dipasang oleh kilang. Salah satunya ialah seperti heat shied standart kilang yang dipasang di kawasan oil filter. Namun adaptor lama ini agak besar dari segi diameter. Perkara inilah yang menyebabkan kebocoran ini berlaku. Apabila adaptor ini bersentuhan dengan heat shield maka akan ada ruang kosong yang akan menyebabkan minyak dapat keluar.

Saya mendapatkan adaptor ini dengan seller di Shopee. Setelah barangan yang dipesan sampai saya pun mulakan proses membuka adptor yang lama. 

Saya pun menggantikan adaptor ini dengan adaptor yang baru dimana adaptor baru ini jenis bulat sepenuhnya. Selain itu diameter adaptor baru ini juga amat sesuai dengan saiz oil filter OEM honda. 

Beginilah gambar adaptor ini sebelum dipasang.



Beginilah gembar akhir setelah dipasang.

Saya masih memantau jika terdapat sebarang kebocoran. Namun setakat hari ini alhamdulillah tiada kebocoran.

Sekian coretan saya untuk hari ini. 

No comments:

Post a Comment

Perbezaan oil pump DC5 Type R dan FD2 Type R

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini saya ingin kongsikan sedikit info berkaitan oil pump DC5 dan oil pump FD2R. Sudah tentu ...