Pada hari ini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya berkaitan masalah yang saya hadapi. Masalah yang berlaku adalah bunyi seperti gear pecah apabila berada di gear 3,4 dan gear 5. Bunyi ini akan hilang apabila berada di gear 6.
Pada peringkat awal saya menjangkakan masalah ini berpunca daripada bearing yang pecah. Saya pun order bearing baru.
Namun setelah proses membuka gearbox dilakukan tekaan saya itu meleset daripada realiti sebenar. Semua bearing berada dalam keadaan yang cemerlang dan tiada sebarang kerosakan. Termenung juga la sekejap. Modal dah habis tetapi tekaan tidak mengena.
Saya fikir dah alang-alang gearbox pun sudah dibuka semua. Saya pun lakukan pemeriksaan yang lebih mendalam. Saya periksa satu persatu gear. Dari gear 1 sehinggalah gear 6.
Sewaktu saya memeriksa gear 6 saya dapati terdapat sedikit kejanggalan. Perkara ini kerana gear 6 ini agak longgar. Jika nak dibandingkan dengan gear lain semuanya fit dan tiada free play.
Saya pun mula la membuka bearing dan gear 6 ini daripada counter shaft . Apabila diperhatikan terdapat kesan haus pada spline counter shaft. Bukan itu sahaja bahagian spline di dalam gear 6 yang disambungkan dengan counter shaft juga turut terdapat kesan haus.
Ini barulah kedudukan sebenar gear 6 ini. Terdapat kesan hakisan pada spline pada shaft.
Ini keadaan apabila gear dan counter shaft dipisahkan. Terdapat kesan hakisan pada jalur spline counter shaft.
Pada gambar ini hakisan yang berlaku kelihatan amat jelas.
Jadi apabila masalah utama telah diketahui. Saya cuba untuk melakukan proses restorasi. Saya cuba hantar ke kedai foundary. Namun kedai tersebut mengatakan kerosakan ini tidak dapat diperbaiki.
Oleh itu saya mencari batang counter shaft yang second hand. Cari punya cari. Tidak ada pula orang yang menjual.
Termenung lagi saya. Gearbox dah buka. Jika pasang kembali masalah ini tidak akan hilang dan kemungkinan akan merosakkan bahagian yang lain pula.
Saya mengambil keputusan untuk bertanya kepada service center honda pada 04 Februari 2024. Item yang saya ingin order ialah
1) 23221-RPN-000 (1 unit)
2) 23461-PNS-000 (1 unit)
3)91205-PL3-B01 (1 unit)
Pihak honda memaklumkan bahawa shaft ini ada namun proses penghantaran mungkin akan mengambil masa yang ada lama kerana perlu diorder dari warehouse di luar negara. Nak tak nak saya terpaksa la menunggu juga. Selain dari shaff counter ini, saya juga turut memesan gear 6 kerana gear yang lama telah rosak bahagian dalam spline gear tersebut.
Pada 06 Februari saya saya semak semula barangan yang saya order. Nak dijadikan cerita saya tersilap order gear pula. Gear yang saya nak guna ialah gear 6 tetapi saya tersilap order gear 5. Saya pun hubungi semula honda service center bagi memaklumkan perkara ini dan bertanya sama ada saya boleh tukar order dari gear 5 kepada gear 6. Petugas yang saya hubungi memakluman beliau perlu berbincang dengan person incharge terlebih dahulu.
Pada 7 Februari 2024 honda service center menghantar whattsap kepada saya mengatakan order saya yang dibuat pada 04 Februari 2024 tidak diorder lagi kerana akaun mereka telah disekat. Oleh itu saya dapat menukar order saya. Alhamdulillah selamat dapat tukar.
Jadi order baru saya adalah seperti ini saya juga ada menambah baru 3 benda lagi untuk diorder agar kerja yang saya bakal dibuat nanti berjalan dengan lancar.
1) 23221-RPN-000 (1 unit)
COUNTERSHAFT
2)91205-PL3-B01 (1 unit)
OIL SEAL, 40X56X8 (PASSANGER SIDE)
Yang ni saya tambah
3) 90182-S2H-000 ( 4 Unit )
BOLT, FLANGE 12X25
4) 23491-PNS-000 (1 unit)
GEAR, COUNTERSHAFT SIXTH
5) 08267-P99-Z1YM1 (3 bottle)
Datang lagi satu masalah gear yang saya order tidak dapat dibekalkan oleh honda kerana tiada stok.
Saya pun cuba order dari rakan saya di Shah Alam. Alhamdulillah dia ada stok. Hari ini order keesokan harinya barang sampai di rumah saya.
Sekarang tinggal menunggu barangan dari honda service center sahaja.
Tungu punya tungu dekat 1 bulan
Akhirnya barang yang saya order telah sampai.
Ini ialah gambar countershaft yang saya order dari honda.
inilah bentuk gear 6 pada gearbox fd2r. Gear ini mempunyai 31 gigi dan diameternya ialah 71 mm
Mari kita mulakan cerita bagaimana saya menukar barangan yang telah rosak ini dengan barangan yang saya telah beli.
Kerja-kerja menggantikan shaft pun dimulakan.
Saya membuka semula gaearbox dan kesemua part.
Untuk makluman untuk mengganti shaft yang bari ini semua gear perlulah dikeluarkan terlebih dahulu. Terdapat dua cara satu cara tradisional iaitu mengetuk. Satu lagi kaedag modern la menggunakan mesin press.
Untuk kerja penukaran kali ini saya memilih untuk press keluar sahaja. Bulan puasa takut tersilap ketuk rosak pula barangan lain.
Untuk proses press gear ini saya buat di kedai sahaja kerana saya tidak mempunyai mesin press. Oleh itu saya buat dua kali trip ke kedai press
Trip pertama ke kedai press adalah untuk mengeluarkan semua gear. Untuk makluman terdapat 5 gear yang perlu dipress keluar. Manakala baki gear dan synchro yang ada tidak perlu dipress kerana ianya boleh dikeluarkan menggunakan tangan sahaja.
Setelah itu saya balik ke rumah bagi memasang gear yang dipress tadi ke batang shaft baru. Jadi saya pindahkan sahaja gear dan synchro yang saya katakan tadi. Saya memilih untuk memasang sendiri semua synchro kerana merasa lebih yakin berbanding kedai yang pasangkan. Setelah itu saya pergi semula ke kedai tadi untuk press masuk baki 5 gear.
Setelah selesai bahagian set counter shaft saya memasang semua kesemua part di kedudukan di dalam gearbox.
Tibalah masa untuk gearbox dinaikkan kembali ke kereta. Proses ini adalah sama seperti biasa.
Saya mengambil peluang juga untuk memasang heat shield power steering. Lama juga saya cari heat shield ni. Banyak yang saya tanya kedai halfcut tetapi tidak ada. Yang ini saya yang order juga dari honda juga tetapi di utara malaysia.
Beginilah bentuk heat shield power steering yang saya beli
Part numbernya ialah 53692-SNW-000
Alhamdulillah semua part dari gearbox, subframe, drive shaft dan lain-lain part berjaya dipasang semula.
Bila tengok jam dah pukul 3.00 pagi. Kejap lagi nak sahur pula. Saya pun ambil keputusan untuk tidur dulu
Keesokan harinya
Saya pun hidupkan kereta dan clear semua cod error yang ada kerana semalam saya hidupkan engine tanpa pasang IAT sensor.
Setelah itu error charging pula tak nak hilang. Dia puat perangai baru pula. Untuk makluman error ini menandakan alternator tidak charge battery.
Saya pun cuba cek fius dan relay. Namun masalah ini tetap terjadi. Apabila saya cuba tekan socket alternator ianya berfungsi. Namun apabila socket ini dilepaskan error ini naik semula.
Saya pun suspect socket ini telah rosak saya cuba la cari socket alternator di kedai halfcut. Tidak ada pula. Akhirnya saya pun beli aftermarket soket. Soket aftermarket ini didatangkan sekali dengan wire. Saya tidak potong wire original sebaliknya saya sambungkan dan tape sahaja. Mudah untuk saya gantikan socket ini nanti dengan original socket.
Setelah diganti ingatkan hilang la masalah itu. Tetapi malangnya tetap terjadi masalah alternator tidak berfungsi. Saya periksa voltage battery saya menggunakan applikasi hondata. Dekat 10.12 volt. Jika dibiarkan mau habis battery kereta. Mana tidaknya alternator tidak charge batteri.
Nak dijadikan cerita saya cuba la ketuk- ketuk alternator menggunakan spannar. Apabila lepas kena ketuk terus berfungsi seperti biasa. Mungkin pada anggapan saya carbon bush di dalam alternator ini tersangkut. Mana tidaknya kereta saya dah tidak dihidupkan 1 bulan lebih.
Selesai la kerja-kerja saya memperbiki kereta ini pada hemat saya.
Kusangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Muncul satu lagi masalah. Kebocoran pada sistem aircond. Saya pun cuba la cari di mana kebocoran gas aircond ni. Dalam hati saya minta janganla rosak cooling coil. Sebab nak buka cooling coil memang siksa dia hanya kedai aircond saja yang tahu.
Akhirnya pencarian saya membuahkan hasil. Kebocoran ini berpunca dari lower pipe.
Sekian sahaja coretan pengalaman saya dengan kereta saya ini. Kesimpulannya guna kereta ini tidak pernah lari dari masalah tetapi kita perlu hadapinya juga. Kereta apa pun yang kita guna pasti akan rosak. Tidak kira brand atau dari mana kereta itu datang.
No comments:
Post a Comment