Tuesday, 26 April 2022

Masalah SRS airbag menyala lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 



Pada hari ini saya ingin berkongsi pengalaman kereta saya. Masalah yang saya hadapi ialah lampu airbag menyala lagi. 

Sebelum saya memulakan cerita pengalaman saya. Saya nak tekankan di sini SRS sistem ini agak merbahaya. Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap segala risiko yang dialami jika terjadi apa-apa masalah atau kecederaan.

Ok kita teruskan

Keadaan ini terjadi setelah saya memandu ke tempat kerja pada bulan januari yang lalu. Tengah memandu tiba-tiba lampu srs saya menyala pula. Setelah habis kerja saya cuba reset manual. Namun tidak berjaya dalam masa yang sama lampu di atas steering saya juga tidak menyala.

semua lampu di atas steering


Nak lebih detail saya pun mengambil keputusan untuk di scan di kedai yang mempunyai SRS scanner. Hasil dari scan  Code yang diperolehi ialah 


54-20 internal failure of srs unit
12-10 Open in the front passanger's airbag first Inflactor.

Setelah itu saya booking dengan service center honda untuk proses clear fault code. Namun saya diminta untuk meninggalkan kereta selama 3 hari. Pelik juga saya nak clear fault code mengambil masa 3 hari. Tak apa la ikut sahaja la. Saya hantar pada hari jumaat pagi. Namu sebelah petang pihak honda memaklumkan saya boleh mengambil kereta saya namun error code itu tidak dapat dipadam. Pihak honda ada memberikan sebut harga bagi barangan yang berkemungkinan  perlu ditukar. Dua barang tersebut ialah airbag steering dan juga ecu SRS. 

Memang agak tinggi harga dua barang ini tetapi jangan terkejut harga barang tersebut adalah new original part. Sebab barang original baru dan termasuk kos shipping.

Setelah itu saya memilih untuk mengambil kereta saya . Plan saya ialah melakukan pemeriksaan sendiri dan jika ada barangan yang perlu ditukar saya akan membeli barangan halfcut. Dapat la saya jimat sedikit kos. Saya pun memandu seperti biasa dengan keadaan lampu srs menyala. Dalam masa yang sama saya melakukan pembacaan di dalam service manual workshop honda. Saya ada post manual service berkaitan error 12-10  di dalam blog saya sebelum ini.

Setelah lama mentelaah dan melakukan andaian. Saya membeli barangan yang diperlukan bagi proses pemeriksaan ini. Barangan yang dibeli ialah SRS simulator. 

Barangan ini banyak digunakan oleh pengguna yang menukar seat after market atau steering aftermarket. Barang ini berfungsi untuk bypass sistem airbag. Sebenarnya cara nak buat  bypass airbag ni mudah dan murah sahaja. Barangan yang diperlukan ialah resistance atau perintang. Bacaan Ohm resistance yang diperlukan ialah 2 ohm. jangan ambil resistance 2k Ohm ya.

untuk gambar di atas ini ialah  part original honda untuk SRS infiator Simulator. Untuk
part number ialah 075AZ-TB4011A. Tetapi nak dapatkan barangan ini memang agak sukar sekarang.


Minggu ini saya ada sedikit masa untuk melakukan pemeriksaan. Sebagai langkah keselamatan diri dan juga bagi mengelakkan berlaku shortage yang boleh merosakkan komponen elektrik lain atau tiba - tiba airbag meletup saya memulakan dengan membuka terminal negatif battery. Setelah itu saya teruskan dengan membuka airbag di steering. Dua screw perlu dibuka di bahagian tepi kiri dan kanan. Setelah itu kita boleh lihat dua soket yang ada. Warna putih dan kuning. Untuk soket warna putih ialah horn dan kuning pula ialah airbag.

Soket kuning inilah yang perlu kita periksa. Soket ini bersambung dengan cable reel atau lebih dikenali dengan nama clock spring. 


Berbalik kepada cara kita nak periksa. Caranya sangat mudah. Kita masukkan SRS simulator ke soket ini. Tetapi dalam kes saya ini kaki SRS simulator tak dapat nak masuk kerana jarak pin srs simulator ini terlalu rapat berbanding dengan jarak soket saya. Jadi saya solder wire ke kaki pin srs simulator ini. Setelah itu saya sambungkan simulator dengan soket SRS ini. 


Setelah diperiksa masalah airbag tetap menyala. Setelah itu saya melakukan pemeriksaan kedua seperti yang terdapat di dalam service manual honda. 

Pemeriksaan ini dilakukan di bahagian connector bawah yang menghubungkan soket ini dengan soket dari dasboard. Saya sambungkan simulator dengan soket ini dan saya hidupkan kunci. Alhamdulillah tanpa perlu reset error SRS. Lampu SRS tidak menyala lagi. Bermakna kedua dua code error sebelum ini telah diatasi.

Jadi di sini saya melakukan andaian bahawa bahagian atas dari soket ini bermasalah. Bahagian atas itu berkemungkinan ialah clock spring atau juga airbag. Bagi memeriksa airbag saya ok atau tidak saya cuba untuk sambungkan soket airbag saya terus ke soket ini. Setelah kunci dihidupkan ternyata airbag saya tidak bermasalah dan lampu SRS tidak menyala. 

Akhirnya selesai satu masalah. Kerosakan yang dihadapi oleh kereta saya ialah clock spring. 

Saya cuba memeriksa mengunakan multimeter untuk memeriksa sambungan clock spring ini. Bahagian pertama yang saya periksa ialah sambungan soket srs airbag dengan soket bawah di bahagian clock spring. Setelah pemeriksaan ternyata terdapat masalah wire tidak berhubung di bahagian wire airbag ini.

Saya mengambil keputusan untuk membuka dan perbaiki clock spring ini. Apabila dibuka sebenarnya masalah yang terjadi ialah wire putus di bahagian flexy cable di dalam clock spring ini. Bahagian cable yang terputus ini hanya bahagian dalam dawai tembaga. Kita dapat memeriksa di bawah lampu bagi melihat dawai yang putus. Apabila dilihat dibawah lampu terdapat 3 wire yang putus. Oleh kerana bahagian yang putus ini di bahagian hujung saya bolehlah melakukan proses penyambungan semula.

Untuk melakukan proses penyambungan ini saya menggunakan solder. Bagi membolehkan timah melekat di cable flexy ini kita perlu menores sedikit lapisan penebat yang menutup cable sehingga kita nampak lapisan tembaga. Setelah itu barulah kita boleh melakukan proses solder terhadap flexy cable ini.

Contoh bahagian dalaman clock spring. Untuk civic fd2 ada 3 keping flexy cable.


Sebenarnya clock spring jarang orang yang repair. Tetapi saya nak cuba repair untuk kepuasan diri. Kalau rosak saya boleh tukar dengan clock spring yang lain. Untuk harga clock spring second hand lebih kurang RM 190 ke atas.

Setelah selesai proses soldering tadi saya balut flexy cable ini dengan electrical tape bagi mengelakkan short di bahagian yang disambung tai. Setelah itu saya teruskan dengan proses pemasangan. 

Alhamdulillah selesai masalah error SRS saya ini. 

Peringatan untuk clock spring yang second hand sila pastikan bilangan pusingan berada di tengah tengah. sebagai contoh jumlah pusingan adalah 6. Untuk pemasangan letakkan center di 3. 

Masalah kereta saya terjadi begini kerana sebelum ini saya ada melakukan proses menurunkan subframe dan saya tidak melakukan proses center terhadap clockspring ini sewaktu pemasangan steering rack. Ini merupakan pengalaman kepada saya juga supaya lebih berhati hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan pada masa akan datang. Kelekaan sedikit pasti memberi kesan pada masa akan datang.

Setakat ini sahaja perkongsian pengalaman saya untuk kali ini. Semorga bermanfaat kepada semua salam Ramadan.




No comments:

Post a Comment

Perbezaan oil pump DC5 Type R dan FD2 Type R

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini saya ingin kongsikan sedikit info berkaitan oil pump DC5 dan oil pump FD2R. Sudah tentu ...