assalamualaikum semua.
Hari ini saya berkesempatan untuk melakukan satu projek kecil penukaran water pump kereta honda civic fd. Honda civic kali ini bernadikan engine k20z4 dari model fn2r. untuk makluman semua water pump jenis ini sebenarnya sama dengan water pump fd2r kerana mempunyai paip air yang disambungkan ke bahagian oil filter bagi tujuan mengejukkan minyak engine.
Water pump FD2 type r
dan FN2 type r
Water pump ini tidak boleh digunakan untuk engine k20z2 (engine asal fd2) kerana tidak mempunyai paip air.
water pump asal tiada masalah leaking namun kerana telah digunakan agak lama dan bahagian ini banyak beroperasi menyebabkan bearingnya mengeluarkan bunyi yang tidak enak.
pada peringkat permulaan sukar bagi saya menentukan bunyi ini berpunca daripada mana kerana bearing pulley accond juga mengeluarkan bunyi.
Berbekalkan screw driver philips saya cuba untuk mengenalpasti bahagian mana yang bermaslah. Bagi sesiapa yang ada masalah bunyi di bahagian engine bay bolehlah cuba menggunakan kaedah ini kerana tiada kos tang diperlukan dan mudah untuk semua orang lakukan. prosesnya adalah letakkan hujung screw driver di tempat yang ingin kita test. Bahagian pangkal screw driver tekapkan di telinga. kita akan dengar bunyi yang dikeluarkan bagi setiap bahagian ini. Jika bahagian tersebut bermaslah bunyi yang dikeluarkan adalah agak kasar.
Terus kepada cerita kita. Bunyi ini saya kenalpasti berpunca daripada water pump. Dan bagi mengeluarkan bahagian ini kita perlu mengeluarkan idler pulley, tensioner pulley. Untuk kedua-dua part ini spanar saiz 14 diperlukan. setelah itu barulah kita boleh mengeluarkan nut bersaiz 10 sebanyak 7 biji.
Part paling mencabar adalah mengeluarkan dua nut di bahagian dalam pulley water pump sebanyak 2 biji. Hal ini terjadi kerana saya tidak mengeluarkan mounting engine. Saya terpaksa mencari spanar bersaiz 10 yang sesuai. namun tiada. jadi saya terpaksa customise sendiri mengikut keperluan saya.
Apabila semua nut telah dikeluarkan saya menghadapi satu lagi masalah iaitu untuk mengeluarkan water pump yang lama dari engine bay. saya terpaksa pula membuka 3 nut yang mengikat alternator bagi membolehkan water pump ini dikeluarkan.
lega selesai mengeluarkan water pump asal dari enging bay. saya cuba pusing pulley water pump yang lama ini dan sah 100 peratus bunyi yang saya dengar ini memang dari water pump.( bunyi krek, krek apabila engine idle)
setelah itu saya pasang kembali water pump second yang dibeli dari abg bob jebon. 5 nut mudah untuk dipasang kembali. namun 2 nut agak sukar. Bagi membolehkan nut ini dipasang semula saya gantung menggunakan dawai bagi membolehkan nut tersebut dimasukkan ke bahagian pulley. setelah selesai semua proses tersebut saya pasang semua part yang telah dibuka tadi seperti semula.
setelah semua selesai saya menambah semula air ke dalam radiator. saya meggunakan air biasa dahulu sementara waktu ini untuk tujuan pemeriksaan. Jika saya masukkan terus coolent bimbang jika terdapat kebocoran rugi terpaka mengeluarkan kos dua kali.
alhamdulillah bunyi yang sebelum ini tidak lagi kedengaran. untuk next step saya akan keluarkan kesemua air untuk digantikan dengan coolent. next project saya juga akan menggantikan bearing pulley compressor aircond kerana bearing ini juga ada megeluarkan bunyi yang kurang enak.
sekian coretan pengalaman saya. Saya akan menambahkan gambar - gambar tools dan part yang diperlukan bagi memudahkan rakan- rakan lain.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaja jalan-jalan kat blog..jumpa artikel ni.
Saya pun owner fd juga, maintenance alhamdulillah masih buat sendiri di rumah. Reti lah sikit sikit pomen pomen ni
Sy ada komen/cadangan utk post di atas. Selain daripada guna pakai waterpump fd2r/fn2r yang ada paip air untuk sejukkan minyak engine
Boleh jugak pakai waterpump asal fd2. Cuma, buat laluan lain untuk oil cooler. Makna kata dari oil filter belakang masuk terus oil cooler, gantung la kat depan radiator atau mana-mana yang ada angin lalu.
Kesan penyejukan minyak engine akan lebih baik. Maintenance pun mudah, sparepart pun baru.
Salam...fd2 saya ada masalah engine oil masuk sistem radiator...mungkinkah disebabkan oleh water pump atau oil cooler
DeleteWaalaikumsalam selalunya jika engine oil masuk ke radiator berpunca drp head. Boleh cuba buka cap radiator ram air terpancut keluar tak. jika air terpancut keluar berpunca daripada gasket terbakar @ head bengkok.
Deleteterima kasih tuan. Perkongsian yang baik.
ReplyDelete