Sunday, 5 April 2020

Power Steering Switch

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan2.
perkongsian hari ini bagi pengguna civic fd2 yang telah convert Electric Power Steering (EPS) kepada Hidraulic Power Steering (HPS ) dan masih menggunakan wiring asal fd2. Anda perlulah membuat proses wiring Power Steering Presure Switch (PSP) kerana wiring asal fd2 tak didatangkan dengan wiring ini. 

Namun begitu bagi  pengguna fd1.8 dan fd2r jangan risau walaupun sudah mempunyai wiring ini anda juga boleh mendapat manfaat dari perkongsian ini. Baca sehingga habis ya.

Fungsi PSP ni menghantar signal ke ECU agar dapat mengawal RPM engine kereta supaya tidak drop apabila steering dipusing ke kiri atau kanan. Oleh itu jika steering terasa berat dan RPM drop ketika membelok apabila anda memandu. Bolehlah periksa switch ataupun wiring PSP ini.

Ok berbalik kepada diagram didalam gambar. Pin soket PSP no 1 perlu disambungkan dengan PIN ECU soket A22 (Power Steering Presure Switch Signal atau singkatannya PSPW). Manakala pin PSP no 2 perlu disambungkan dengan ground di kereta. Bagi yang tertanya- tanya tentang warna wire didalam gambar warna pink. Wire di Kereta anda warna lain. Bagi warna wire ianya berbeza- beza mengikut model dan tahun keluaran. Namun kedudukannya tetap sama.

Harap perkongsian kali ini membantu rakan2 semua.

No comments:

Post a Comment

Perbezaan oil pump DC5 Type R dan FD2 Type R

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini saya ingin kongsikan sedikit info berkaitan oil pump DC5 dan oil pump FD2R. Sudah tentu ...