Assalamualaikum rakan-rakan
Hari ini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya berkaitan lampu SRS
Baru-baru ni, saya mempunyai masalah dengan lampu SRS menyala. Model Kereta saya ini ialah honda civic fd2 tahun 2006. Kejadian lampu SRS ini menyala setelah Saya menukar keseluruhan kerusi asal saya dengan kerusi dari model Singapura. saya ada reset menggunakan prosedur yang murah dengan menggunakan klip kertas yang selalu kita guna namun masalah ini masih berlaku. Setalah itu saya ada terbaca didalam satu blog yang menyatakan saya perlu mengganti airbag dan OPDS yang asal kembali. Saya pun menggantikan OPDS dan juga Airbag dari kerusi asal dengan harapan lampu ini akan terpadam. Namun harapan tinggal harapan lampu SRS tetap tidak terpadam juga. Saya cuba pula untuk reset lampu beg udara (menggunakan prosedur klip kertas) lampu tetap kembali menyala. Untuk makluman keadaan setelah reset ialah Lampu SRS berkedip dua kali dan terpadam. Masalahnya adalah apabila suis engine dimatikan dan dihidupkan semula. Lampu SRS kembali menyala semula. Saya cuba beberapa kali tetapi apabila saya mematikan suis engine lampu SRS kembali menyala. Keadaan ini menyebabkan saya agak frust. Namun untuk mengetahui apakah masalah sebenar airbag saya ini saya cari lagi maklumat. Saya jumpa satu maklumat cara melihat kod error dengan kaedah manual. Saya pun ikutlah prosedur yang diarahkan. Saya telah jumper pin di OBD 2. Kod yang ditunjukkan adalah 85.
Masih belum berpuas hati saya ke kedai yang mempunyai airbag scanner pula untuk scan. apabila discan kod masalah ini ialah:
85-64 ECU Kod ID internal failure of ODS unit (OPDS unit).
keadaan yang sama juga berlaku setelah proses reset dilakukan menggunakan srs scanner. Frust rasnya apabila seat dah cantik tetapi aspek keselamatan tidak berfungsi. Saya berhadapan dengan masalah ini lebih kurang 1 tahun. Dalam masa 1 tahun ini saya memandu tanpa ada keselamatan airbag. Nak buat macam mana minat nak tukar seat kan. kan dah mendapat masalah dan dah bermacam- macam kaedah dibuat tetapi tetap tak selesai.
Saya ada bertanya kepada beberapa kedai dan rakan-rakan. Antara jawapan yang saya perolehi ialah masalah ini tidak boleh dibaiki, ECU SRS saya telah rosak, OPDS sebelah kerusi pemandu tidak dipasang dan banyak lagi. Jawapan- jawapan ini tidak memuaskan hati saya kerana semua part yang dimaklumkan berfungsi dengan baik sebelum ini. Saya cuba untuk mencari lagi maklumat bagi menjawab jawapan kepada masalah saya ini di internet.
ketika mencari penyelesaian untuk masalah ini saya menemui artikel dari Honda-Tech yang menyatakan Anda tidak dapat memperbaiki masalah ini menggunakan scanner yang biasa atau kaedah manual kerana terdapat satu sensor pada tempat duduk penumpang perlu "dicalibrate semula" sensor tersebut ialah seat weight sensor.
Seat weight sensor Penumpang dan unit OPDS ini perlu di calibrate semula dan proses ini hanya boleh dilakukan dengan scanner khas ( HDS scanner). Scanner khas ini bukan tak ada dijual. Ada dijual tetapi secara online dan harganya memang mahal. Jadi saya nak guna pun sekali saja bagi menyelesaikan masalah saya ni. Maka saya perlu mencari kedai yang mempunyai HDS scanner ini.
Proses mencari pun dimulakan. Cari punya cari tak ada tempat yang mempunyai scanner ini. Pilihan saya yang terakhir saya perlu ke tempat service honda kerana sudah tentu pusat service honda ada HDS scanner.
Jadi baru-baru ni saya pun booking untuk calibarate kembali sensor airbag. Tiba pada hari yang dijanjikan saya pun menghantar kereta ke pusat service honda untuk proses scan dan calibrate sensor ini.
Akhirnya setelah setahun lampu airbag ini menyala hari ini dengan secara rasminya lampu SRS ini terpadam dengan jayanya.
Pengalaman yang saya perolehi ialah:
• Jika lampu SRS menyala stabil dan tiada perubahan walaupun sistem SRS telah direset semula, anda harus periksa modul SRS (kod kemalangan) dan mungkin modul SRS perlu ditukar.
• Jika selepas di reset semula sistem SRS, lampu SRS berkedip dua kali dan menyala dengan tetap mungkin beg udara tidak terhubung dengan sistem (soket tidak rapat atau wire putus) atau rosak.
• Sebaliknya, jika sistem SRS telah direset lampu SRS terpadam dan kekal terpadam namun kembali menyala apabila suis kereta dihidupkan semula.
Anda perlu memeriksa seat weight sensor dan OPDS. (untuk makluman semua bagi honda civic fd2 malaysia hanya kerusi penumpang yang mempunyai dua sensor ini bagi kerusi pemandu tiada dua sensor ini).
Keadaan ini tidak bermakna seat weight sensor atau OPDS anda telah rosak.
Keadaan ini mungkin disebabkan seat weight sensor dan OPDS tidak berkomikasi dengan baik disebabkan sambungan soket tidak rapat.
Selain itu jika anda pernah menukar ECU airbag atau OPDS juga boleh menyebabkan perkara ini berlaku.
Perkara inilah yang membuatkan ECU airbag mengesan masalah dan mengaktifkan lampu SRS.
Kesimpulannya Jika terjadi keadaan ini tidak perlulah terburu- buru sampai nak tukar seat weigh sensor, OPDS, ECU airbag. Cuba calibrate semula dahulu. Jika tidak berjaya barulah teruskan ke peringkat yang seterusnya. Duit dapat jimat masalah dapat selesai pengalaman pun kita dapat.
sekian coretan pengalaman saya kali ini.
Assalamualaikum.
Salam, boleh tahu servis center cawangan mana yg tuan pergi utk reset tu?
ReplyDeletewaalaikumsalam. saya pergi SC cawangan kedah di sungai petani
ReplyDeleteBagi tau nak reset airbag ke?
Deleteya boleh bgtau nak reset airbag. saya bgtau nak calibrate weighing seat penumpang
ReplyDeleteBang boleh dapatkan no fon abg..nk tanya detail..sbb saya oun fd2..seat dh koyak rabak..tukar seat japan..xde airbag..boleh ke ambik airbag dr seat lama dan masukkn dkt seat japan nie..
ReplyDeleteSeat tu seat fd juga ka?. Kalau seat fd2 @ fd1 mmg ada airbag dan boleh ambil yang lama pasang balik PNP saja.
DeleteKalau seat aftermarket atau seat dari model lain yang asalnya tak ada airbag. tak boleh buat apa la.