Thursday, 5 June 2025

Update pemasangan MICU untuk remote trunk bonet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kembali lagi ke sesi perkongsian yang saya baru lakukan malam tadi kepada kereta saya. Seperti post saya sebelum ini, saya ada memaklumkan akan memasang MICU yang menyokong fungsi remote trunk release.
Setelah bertarung semalam, hari ini saya ingin menceritakan serba sedikit proses yang telah saya lakukan 

Untuk makluman pembaca saya telah melakukan penukaran MICU asal kereta kepada model Japan yang support remote trunk. Untuk makluman civic FD2 malaysia tidak menyokong fungsi ini kerana didalam MICU kereta malaysia tiada Internal relay untuk trunk release. Selalunya Proses programming immobiliser ini perlu dilakukan setelah menukar MICU. Proses programming ini perlu dilakukan bagi membolehkan fungsi asal kereta berfungsi kembali. Jika tidak engine tidak dapat dihidupkan dan di paparan meter akan terpapar lambang kunci sewaktu engine ingin dihidupkan.

Jadi mari kita terus ke proses yang saya lakukan. Proses ini PNP sahaja cabut socket pada MICU lama dan pasang pada MICU baru. Selalunya jika kita menukar MICU proses reprogram perlu dilakukan bagi membolehkan immobiliser berfungsi macam saya ceritakan diatas tadi. Namun dalam kes saya ini proses ini tidak perlu dilakukan. Jadi jimatlah duit sedikit.

Seterusnya proses yang saya lakukan ialah menambah pin pada soket E. untuk wiring asal kereta fd2 tidak mempunyai pin ini. Pin yang saya maksudkan berada di urutan 20 pada soket E ini. jadi kita panggil pin 20 socket E. Pin inilah yang akan berfungsi membekalkan tenaga untuk menghidupkan actuator dari remote trunk button ditekan bagi membolehkan bonet terbuka. Selain itu wire dari pin 20 ini saya tarik ke belakang iaitu ke bonet dan disambungkan ke actuator.

Setelah selesai semua pemasangan saya dapati terdapat beberapa perbezaan yang terjadi kepada kereta saya.

Pertama dari aspek wiper. Perubahan dari sequent kelajuan wiper. untuk kereta fd2 malaysia apabila kita menolak tombol wiper ke atas pergerakan wiper lembut sahaja jika diberi nombor kelajuan kepada pergerakan ini adalah no 1. Apabila menukar MICU japan kelajuan berubah dari 1 kepada maksimum 

Kedua autolock pintu apabila kereta bergerak pada kelajuan tertentu. Untuk kereta fd2 malaysia keluaran tahun 2006 pintu tidak akan dikunci secara auto kita perlu lock secara manual. Setelah menukar MICU japan kereta akan autolock setelah kereta bergerak pada kelajuan tertentu.



ketiga ultrasonic sensor security tidak lagi berfungsi. Bagi kereta malaysia kebanyakannya mempunyai ultrasonic sensor. Sensor ini akan berfungsi sebagai ciri keselamatan setelah kereta dikunci. Sensor ini akan mengesan pergerakan didalam kereta. jika terdapat pergerakan yang mencurigakan alaram akan berbunyi. Namun bagi kenderaan di japan ciri-ciri ini tidak dipasang. Mungkin kes kecurian di sana sangat sedikit.

Keempat alarm kereta tidak berbunyi. Setelah pemasangan MICU japan ini alarm kereta saya tidak lagi berbunyi. Keadaan ini kerana MICU japan menggunakan horn sebagai alarm jadi perlu dilakukan proses wiring ke soket MICU bagi memastikan alarm berbunyi.

Kesimpulan yang dapat saya buat bagi projek saya ini setelah penukaran MICU adalah keseluruhan sistem di kereta saya dapat befungsi dengan baik hanya terdapat satu fungsi yang hilang iaitu ultrasonic sensor. Setelah saya pertimbangan baik dan buruk dibuat saya memilih untuk menukar kembali ke MICU asal kereta. Saya merasakan fungsi ultrasonic sensor ini lebih penting kerana ianya melibatkan keselamatan kereta saya. Tambahan lagi fungsi remote trunk sebelum ini telah berfungsi dengan baik.
Setakat ini sahaja perkongsian yang saya untuk projek kali ini. Sekian terima kasih



No comments:

Post a Comment

Penyelesaian lampu airbag menyala apabila menukar steering dan airbag FD2 Type R

Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada hari ini saya ingin kongsikan sedikit maklumat berkaitan kaedah mengatasi lampu airbag menyala ap...