Pada hari ini saya ingin kongsikan sedikit maklumat berkaitan kaedah mengatasi lampu airbag menyala apabila menukar steering dan airbag ke kereta civic fd2.
Kebanyakan pengguna civic fd2 pasti mengidamkan steering FD2 type R. Bentuknya yang lebih kecil dan design yang padat berjaya memikat hati kebanyakan orang. Selain itu lambang honda bewarna merah membuatkan ramai orang tak tidur malam.
Ok mari kita terus ke topik kita pada hari ini iaitu cara mengatasi lampu airbag menyala apabila steering dan airbag fd2 asal digantikan dengan FD2 type R.
Sebelum kita terus ke kaedah penyelesaian saya ingin nyatakan di sini saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian atau kecederaan yang mungkin terjadi terhadap sesiapa yang mencuba. Posting saya ini bertujuan perkongsian ilmu sahaja berdasarkan pengalaman saya.
Mari kita fahami mengapa lampu ini menyala.
Perkara ini terjadi kerana kereta civic fd2 keluaran di Malaysia menggunakan 1 stage airbag. Berlainan dengan model fd2 keluaran international atau japan spec yang menggunakan 2 stage airbag.
Bagi honda civic FD2 type R pula airbag didatangkan dengan 2 stage airbag.
Di sinilah punca utamanya lampu airbag menyala. untuk stage 1 airbag dan stage 2 airbag ini sebenarnya didatangkan dengan satu sistem yang kompleks. Sistem ini dilengkapi dengan ecu, airbag, wiring,clock spring dan banyak lagi. untuk menjadikan airbag FD2 type R berfungsi seperti original keseluruhan sistem ini perlu ditukar. Dengan kata lain tukar wiring sistem airbag fd2 kepada FD2 type R barulah ianya akan berfungsi seperti asal semula. Jadi memang menelan belanja tinggi jika melakukan proses ini.
Jadi mari lihat dahulu perbezaan airbag steering 1 stage dan 2 stage.
Didalam gambar di atas kita boleh lihat terdapat 1 soket yang terdiri dari 2 wayar. Untuk gambar ini adalah untuk civic fd2 spec malaysia. Airbag ini adalah 1 stage .
Manakala gambar ini pula adalah dari model Airbag FD2 Type R. Terdapat dua soket yang mana terdiri darpada 4 wayar. Untuk airbag ini berfungsi dengan 2 stage
Jadi kita sudah mengetahui apakah perbezaan airbag 1 stage dan 2 stage. Mari kita lihat kaedah untuk memastikan sistem airbag ini berfungsi dengan sempurna.
Terdapat pelbagai kaedah seperti menggunakan airbag delete. (saya sudah cover di post sebelum ini).
kaedah ini dapat menghilangkan lampu airbag namun soket airbag yang telah dipasangkan airbag delete airbag tidak lagi berfungsi.
Mari kita lihat kaedah kedua pula. Kaedah ini yang saya gunakan di kereta saya. Kaedah ini tidak melibatkan proses modifikasi terhadap wire. Namun kaedah ini memerlukan airbag lama fd2 dan airbag FD2 type R. Caranya menggantikan airbag inflator fd2 di airbag FD2 type R. Untuk melakukan penukaran inflator ini steering airbag perlu dibuka terlebih dahulu.
Peringatan penting sebelum melakukan apa-apa proses wiring buka terminal negatif bateri kereta terlebih dahulu. Perkara ini amat penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku
Setelah airbag dibuka kita dapat lihat terdapat 4 nut bersaiz 8mm di bahagian belakang airbag ini.
Buka keempat empat nut ini setelah itu kita boleh melakukan proses penggantian airbag inflator fd2 ke FD2 type R.
setelah penggantian selesai ikat kembali nut 8mm dengan kemas. Setelah itu boleh diteruskan dengan proses pemasangan seperti biasa.
Apabila semua pemasangan selesai barulah pasang kembali terminal negatif bateri.
Selesai perkongsian saya pada kali ini.

No comments:
Post a Comment