Wednesday, 30 April 2025

Perbezaan oil pump DC5 Type R dan FD2 Type R


 Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada kali ini saya ingin kongsikan sedikit info berkaitan oil pump DC5 dan oil pump FD2R. Sudah tentu bagi pemilik kereta civic FD2 yang menginkan kuasa dan tekanan minyak yang lebih kuat akan menukar oil pump asal yang mempunyai balancer kepada FD2R atau DC5 type R.

Sebelum saya teruskan dengan lebih lanjut berkenaan perbezaan kedua oil pump ini saya ingin juga kongsikan oil pump bagi kereta honda civic FD2. Untuk oil pump asal civic FD2 didatangkan dengan balancer shaft. Fungsi balancer shaft ini adalah untuk mengurangkan getaran secondary daripada engine. Balancer shaf ini dipasang pada engine k20z2 pada civic FD2 adalah bertujuan untuk memastikan pemandu merasa selesa kerana getaran pada engine dapat dikurangkan melalui balancer shaft ini. Nampak macam positif sahaja balancer shaft ini kan. Tidak juga, setiap kebaikan pasti ada kelemahan. Kelemahan penggunaan balancer shaft ini ialah sedikit kuasa daripada engine akan digunakan bagi memastikan sistem bancer shaft ini beroperasi. Majoriti mengatakan sekitar 5 horse power akan hilang untuk balancer shaft ini. Selain itu penambahan balancer shaft ini akan menambahkan berat engine dan berat kereta dan dalam masa yang sama akan menambahkan lagi part yang bergerak didalam kereta tersebut. Apabila banyak benda yang bergerak pasti akan berlaku wear and tear pada barangan tersebut. Nah di sinilah point modal kita akan keluar.  Itulah kelemahan balancer ini.


Oil Pump K20Z2
Ok berbalik kepada topik kita. 

Perbezaan Oil Pump DC5 Type R dan FD2



Oil pump DC5 type R




Oil pump FD2 Type R


Perbezaan Oil pump DC5 Type R (Kiri) Oil pump FD2 Type R (kanan)





Inilah Perbezaan Oil pump DC5 Type R


Boleh nampak lagi tak perbezan yang ketara diantara gambar kiri dan kanan di atas.

Mari kita kupaskan Jika dilihat pada gambar di atas saya ada menunjukkan perbezaan diantara kedua-dua pump ini. Perbezaan pertama ialah pada ketinggian oil pick up. Pada model FD2 Type R oil picup ditambah baik supaya lebih tinggi berbanding oil pick up DC5 type R. perkara ini amatlah penting untuk memastikan tidak berlaku situasi oil starvation sewaktu engine kita beroperasi. Terutamanya ketika mengambil selekoh. Perkara ini pasti ada sebab dan data yang menyokong perubahan ini dilakukan oleh pihak Honda.

Perbezaan kedua diantara kedua-dua oil pump ini ialah dari segi struktur badan oil pump itu. pada oil pump FD2 Type R terdapat sedikit lengkungan manakala pada untuk DC5 Type R tiada lengkungan. Perkara ini terjadi apabila pihak honda telah melakukan sedikit revise pada keluaran engine K Series yang terbaru. Dikatakan perubahan pada engine block ini adalah untuk mengukuhakan lagi struktur engine itu. 

Persoalannya boleh tak pengguna engine yang didatangkan dengan balancer ini menukar kepada oil pump DC5 Type R. Boleh sebenarnya tetapi perlulah dilakukan sedikit trimming pada body oil pump itu.

Namun perlu diingat engineer honda telah melakukan pengiraan setiap aspek sebelum sesuatu barang itu dikeluarkan untuk pasaran. ok begini ceritanya. untuk oil pump DC5 type R jarak diantara bahagian dasar oil sump dengan hujung pick up oil telah di dihitung dengan baik agar apabila pemandu melaui pelbagai situasi minyak akan tetap dapat disedut dan peluang untuk masalah oil starvation tidak akan berlaku walaupun sewaktu kenderaan melalui jalan coner.

Masalahnya apabila kita menukar oil pump DC5 Type R kita perlu juga menggunakan oil sump dari model DC5 Type R. Tetapi masalahnya oil sump DC5 Type tidak dapat digunakan di kereta FD2 kerana mounting bagi kedua-dua kenderaan ini berbeza. Di sinilah punca masalah itu berlaku. Kedalaman kedua-dua oil sump ini adalah berbeza. Ditambah pula dengan ketinggian pick up oil pum yang kita pasang tadi juga berbeza. Keadaan ini akan menyebabkan clearence yang terlalu besar diantara dasar oil sump dengan oil pick up. keadaan ini akan menyebabkan minyak tidak dapat disedut secara optimum setiap masa disebabkan kenderaan yang kita bawa akan melalui pelbagai bentuk jalan dan muka bumi. Contohnya sewaktu kereta berada di jalan rata minyak dapat disedut dengan baik. namun apabila kita menaiki cerun atau coner minyak didalam oil sum akan bergerak ke arah kiri, kanan,depan atau belakang. sewaktu minyak ini bergerak terdapat ruang udara nah disinilah punca yang terjadinya oil starvation. walaupun berlaku dalam masa singkat tetapi dampak buruknya akan menyebabkan kerosakan yang fatal kepada engine.

Panjang sudah rasanya saya mengarang bab ini. saya harapkan perkongsian saya ini dapat membantu semua orang. Seperti biasa jika terdapat kesilapan didalam penulisan saya ini mohon untuk dibetulkan. Sekian.


Saturday, 19 April 2025

Pemasangan Trunk Button dan Trunk Lock Actuator

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari ini saya ingin berkongsikan satu lagi proses DIY yang saya telah saya laksanakan.

Sebelum memulakan proses DIY ini saya ada membuat kajian sedikit kaedah yang boleh digunakan. 

Terdapat 4 kaedah yang saya temui.
1- Penambahan modul untuk remote trunk. Kebaikan kaedah ini. Bonet boleh dibuka menggunakan remote terus 
2. Menyalin semua wiring asal kereta dengan wiring kereta halfcut yang mempunyai fungsi keyless. Tetapi kos yang diperlukan agak tinggi.
3. Melakukan proses modifikasi terhadap wayar unlock pintu. Namun terdapat beberapa kelemahan iaitu jika bonet ingin dibuka butang dan remote perlulah ditekan serentak. jika tidak bonet tidak akan terbuka. Selain itu pintu juga akan terbuka bersama.
4. Menukar MICU dan melakukan proses penambahan wire pada pin 20 soket E yang terletak pada MICU

Bagi menjalankan proses modifikasi ini part yang diperlukan ialah

Trunk release actuator

Trunk push button switch

untuk barangan ini saya menggunakan part haftcut dari kereta civic fd juga tetapi dari jepun.

Oleh kerana saya menggunakan bonet asal dari kereta maka saya perlu melakukan sedikit proses modifikasi. Proses modifikasi ini yang perlu dilakukan ialah menebuk lubang di bonet bagi memasukkan Trunk push buton.

selain itu terdapat proses wiring yang perlu dilakukan bagi memastikan trunk release actuator ini berfungsi kerana ianya tidak lagi menggunakan mekanikal iaitu kunci. 
Jadi banyak kaedah yang boleh digunakan. Saya menggunakan kaedah yang tidak melibatkan pemotongan apa-apa wayar pada bahagian wiring harness asal kereta.
Depin pada soket dan sambungkan maka ianya tidak melibatkan apa-apa proses pemotongan wayar 


Beginilah diagram wiring yang 
jika dilihat pada diagram ini terdapat 3 wayar iaitu:-
wayar warna biru
wayar warna Hitam
wayar warna hijau

Proses modifikasi wiring perlu dilakukan pada wayar warna hijau.
Wayar hijau dari trunk release actuator ni disambung ke salah satu wayar pada trunk switch. Manakala wayar satu lagi akan disambung pada wayar warna kuning yang berada di tepi pintu hadapan penumpang. Untuk wayar kuning ini terdapat dua kaedah sama ada di tap terus ke wayar ataupun disambung di bahagian soket.
Kelebihan jika disambung di bahagian soket penyambungan tidak melibatkan pemotongan wayar asal kereta dan penyambungan juga lebih kemas.

Baik mari kita lihat dengan detail bagaimana wiring ini dilakukan


Pertama door step di bahagian pintu depan bahagian penumpang perlu dibuka dengan cara menarik. Terdapat 6 clip di bahagian ini. Setelah door step ini dibuka maka kita dapat mengakses wire yang perlu kita modifikasi

Di bahagian inilah wayar kuning yang saya maksudkan tadi. Jika ingin cara mudah boleh sambung di bahagian ini sahaja caranya tores sedikit tapi jangan sampai putus. Seterusnya tap wire baru yang akan kita tarik ke trunk release actuator nanti. Namun jika nak lebih kemas dan mengekalkan wiring asal sambung di bahagian socket di bahagian pillar bahagian penumpang. Namun leceh sikit la kerana perlu buka cover dan sealt belt untuk dapat akses kepada soket tersebut. Soket tersebut menyambungkan wayar ke pintu belakang bahagian penumpang.

Setelah itu bolehla pasang kembali door step yang kita buka tadi. Dengan cara menekan agar clip tadi masuk kembali ke lubang clip di body kereta

 Setelah proses tap tadi selesai wayar baru ini perlu ditarik ke belakang untuk disambungkan dengan trunk release actuator

untuk mengemaskan lagi wiring kita nanti supaya tidak kelihatan wayar ini boleh ditarik melalui bawah door step pintu belakang sebelah penumpang. Untuk membuka door step ini kita perlu menarik door step ini untuk memisahkan clip di bahagian body kereta. Boleh dilihat di bahagian yang dibulatkan terdapat clip.

Setelah itu wayar ini ditarik lagi menghala ke belakang. Untuk lebih kemas ikut sahaja route wiring asal kereta. Tetapi seat bawah perlulah dibuka. Manakala seat atas tidak perlu dibuka hanya flipkan kebawah.
Laluan wayar ini akan melalui lubang ini. Namun berlainan laluan jika kita mengikut route wiring asal kereta 

Setelah itu tarik wire ke belakang

Inilah route wiring asal kereta. wire ke bonet belakang akan melalui trunk hinger ini. Setelah itu bolehla kita menyambungkan wire ini dengan trunk push botton switch. Manakala wayar lagi satu dari push botton switch ini akan disambungkan kepada trunk release actuator.

Pada actuator ini ada 3 wire seperti dalam diagram yang saya sediakan awal tadi
Grn - sambungan dari push botton switch 
Blk - Sambungan dari wayar latch asal kereta.
Blu - Sambungan dari wayar latch asal kereta.

Setelah itu bolehla menggunakan remote untuk membuka bonet belakang.

Mari kita lihat bagaimana prinsip proses kerja projek ini berfungsi. Untuk Wayar warna kuning yang kita ambil untuk disambungkan ke button ini ialah wayar yang digunakan untuk unlock pintu kereta. 


Diagram lock dan unlock kereta civic FD.

Seperti kita lihat diagram di atas wayar kuning bersambung untuk lock dan unlock kereta. Wayar kuning ini juga adalah wayar volt. Tenaga yang dibekalkan adalah 12 volt. Bagaimana sistem ini berkerja. Tenaga bateri 12 volt sentiasa ada walaupun kereta tidak dihidupkan namun dipisahkan oleh Sistem yang terdapat didalam MICU. Didalam MICU terdapat pelbagai fungsi dan salah satunya ialah fungsi lock dan unlock yang berfungsi melalui internal relay . Internal relay ini berfungsi untuk membekalkan atau memutuskan tenaga apabila menerima signal lock atau unlock dari kunci remote kereta. Apabila remote kereta diunlock, relay didalam MICU akan membuka gate untuk menyalurkan tenaga 12 volt. Namun perlu diingat penyaluran tenaga ini bukanlah berterusan ianya bersifat sementara sahaja 2 atau 3 saat sahaja. Seterusnya tenaga inilah yang akan digunakan untuk menghidupkan actuator pintu sama ada untuk lock atau unlock. Oleh sebab itulah penyaluran tenaga 12 volt hanya berlaku dalam masa 2 atau 3 saat dan tidak berterusan. 

Nah disinilah kita menggunakan tenaga ini untuk menghidupkan actuator bonet. Namun masalah akan timbul jika kita menekan unlock pada remote, bonet kereta akan terus terbuka. Jadi bagi mengatasi masalah ini kita menambahkan button switch yang akan berfungsi sebagai penyambung dan pemutus tenaga dilaluan ini ke actuator. 

Oleh sebab itulah saya maklumkan di awal tadi untuk membuka bonet kereta buton switch ini perlu ditekan serentak atau 1 atau 2 saat setelah kita unlock remote kereta.

Kesimpulannya jalan yang saya pilih ini bukanlah pilihan yang paling sempurna. Terdapat satu lagi jalan yang paling sempurna iaitu menggunakan  MICU Original. Untuk kereta civic FD2 malaysia tidak menyokong fungsi ini kerana didalam MICU kereta malaysia tiada Internal relay untuk trunk release. Oleh itu perancangan pada masa akan datang adalah untuk mencari MICU kereta yang mempunyai fugsi ini. Namun proses ini agak rumit kerana perlu melakukan Proses programming immobiliser setelah menukar MICU. Proses programming ini perlu dilakukan bagi membolehkan fungsi asal kereta berfungsi kembali. Jika tidak engine tidak dapat dihidupkan dan di paparan meter akan terpapar lambang kunci. sewaktu suis dihidupkan. Selain itu engine tidak akan dapat dihidupkan kerana Immobiliser tidak dapat dibaca. Proses ini saya tidak mahu bercerita lebih lanjut kerana saya belum mencuba. Nanti setelah saya mencuba baru saya akan share pengalaman saya.

Sekian terima kasih.




Perbezaan oil pump DC5 Type R dan FD2 Type R

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini saya ingin kongsikan sedikit info berkaitan oil pump DC5 dan oil pump FD2R. Sudah tentu ...