Friday, 29 November 2024

Optional connector Civic FD

Pada hari ini saya ingin kongsikan sedikit maklumat tentang Optional Connector yang terdapat pada kereta honda civic FD2.

Saya menggunakan soket optional ini untuk memasang atmosphere light. Untuk makluman manufacture honda ada mengeluarkan aksesori untuk atmosphere light. Atmosphere light yang dikeluarkan oleh honda ini berfungsi dengan mendapatkan sumber tenaga dari soket optional ini untuk berfungsi. Jadi kita tidak perlu lagi memotong wire yang terdapat pada wiring kereta. Walaupun atmosphere light ini dikeluarkan oleh pihak honda namun kebanyakan kereta honda FD2 tidak didatangkan dengan kit ini, kerana kit ini adalah aksesori dan perlu dibeli berasingan. Namun untuk mendapatkan kit ini sekarang amatlah sukar kerana barangan ini sudah dihentikan pengeluaran dan jika nak dapatkanya juga perlulah rajin mencari di kedai halfcut dan perlu diingat kos untuk barang ini sekarang boleh tahan harganya.

Jadi untuk menjimatkan kos saya mendapat idea untuk melakukan sendiri proses DIY wire harness atmosphhere light ini. Nanti wire harness ini akan dipasang di kereta saya tanpa ada proses pemotongan wire. Sama seperti kit yang dikeluarkan oleh honda, hanya sambungkan ke soket optional terus atmosphere ini berfungsi apabila pintu kereta dibuka 

Tetapi kali ini saya kongsikan dulu fungsi wire yang terdapat pada soket ini. Nanti saya akan kongsikan bagaimana saya buat wiring harness untuk atmosphere light ini.

Untuk makluman optional connector ini terdapat pada fius box di bahagian dalam kereta atau bahasa automotive honda dipanggil MICU. Jika di bahagian MICU Optional connector ini adalah male.  Terdapat 6 pins pada male connector ini. 4 pin di bahagian atas dan dua pin di bahagian bawah. 


   Lokasi socket pin male 


      Pin female



          Pin out male


Pin 1: Green
 +12V when reverse gear is engaged, 0V otherwise.

Pin 2: Red
A fluctuating voltage which ranges +0.3  < V < +0.8 when ignition is switched, 0V otherwise. No idea what this is for.

Pin 3: Blue
+1.3V with parking lights (sidelights), 0V             otherwise. Again, not sure what this is for.

Pin 4: Orange
+12V with parking lights (sidelights), 0V otherwise.

Pin 5: Pink
+12V constant from battery (must insert in fuse no 27 (Use for Honda Accessory Connection under dash)

Pin 6: Purple
+12V switched with ignition, 0V otherwise.



Kesimpulannya soket optional ini mempunyai pelbagai fungsi dan salah satunya ialah atmosphere light. Saya harapkan perkongsian ini memberi manfaat kepada penguna-pengguna civic FD2 di luar sana.
Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Perbezaan oil pump DC5 Type R dan FD2 Type R

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini saya ingin kongsikan sedikit info berkaitan oil pump DC5 dan oil pump FD2R. Sudah tentu ...