Sunday, 5 April 2020

Push start button Civic FD2R

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi diagram wiring push start button fd2r di kereta fd2.

Untuk makluman fungsi push start button fd2r ini hanya mempynyai fungsi untuk menghidupkan engine manakala bagi matikan engine kereta kita masih perlu menggunakan kunci. sama seperti original fd2r. 

Ok bagi menjalankan projek ini untuk model kereta honda civic fd2. Perkara yang diperlukan ialah 
1- Relay
2- push start button fd2r
3- wayar

Untuk makluman semua bagi keseluruhan proses wiring ini saya tidak memotong wiring asal kereta. saya hanya unpinkan 3 wayar yang berada di brown soket  dan solder selepas itu saya gunakan heat shrink tube bagi menambahkan kekemasan. Setelah itu saya masukkan kembali pin wire ini ke brown soket.
Kaedah ini lebih kemas. Namun cabaran utamanya ialah proses untuk mengeluarkan pin dari brown soket ini.

Selain dari tiga wire tadi wiring lain yang terlibat tidak menggangu wiring asal kereta. Jadi tidak adalah wiring yang merapu di kereta kita. 

Bagi memudahkan pemahaman saya sertakan diagram untuk pemasangan push start button ini.


No comments:

Post a Comment

Perbezaan oil pump DC5 Type R dan FD2 Type R

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini saya ingin kongsikan sedikit info berkaitan oil pump DC5 dan oil pump FD2R. Sudah tentu ...