Sunday, 14 April 2019

water pump


assalamualaikum semua.
Hari ini saya berkesempatan untuk melakukan satu projek kecil penukaran water pump kereta honda civic fd. Honda civic kali ini bernadikan engine k20z4 dari model fn2r. untuk makluman semua water pump jenis ini sebenarnya sama dengan water pump fd2r kerana mempunyai paip air yang disambungkan ke bahagian oil filter bagi tujuan mengejukkan minyak engine.

                  Water pump FD2 type r
                  dan FN2 type r

Water pump ini tidak boleh digunakan untuk engine k20z2 (engine asal fd2) kerana tidak mempunyai paip air.


water pump asal tiada masalah leaking namun kerana telah digunakan agak lama dan bahagian ini banyak beroperasi menyebabkan bearingnya mengeluarkan bunyi yang tidak enak.
pada peringkat permulaan sukar bagi saya menentukan bunyi ini berpunca daripada mana kerana bearing pulley accond juga mengeluarkan bunyi.
Berbekalkan screw driver philips saya cuba untuk mengenalpasti bahagian mana yang bermaslah. Bagi sesiapa yang ada masalah bunyi di bahagian engine bay bolehlah cuba menggunakan kaedah ini kerana tiada kos tang diperlukan dan mudah untuk semua orang lakukan. prosesnya adalah letakkan hujung screw driver di tempat yang ingin kita test. Bahagian pangkal screw driver tekapkan di telinga. kita akan dengar bunyi yang dikeluarkan bagi setiap bahagian ini. Jika bahagian tersebut bermaslah bunyi yang dikeluarkan adalah agak kasar.
Terus kepada cerita kita. Bunyi ini saya kenalpasti berpunca daripada water pump. Dan bagi mengeluarkan bahagian ini kita perlu mengeluarkan idler pulley, tensioner pulley. Untuk kedua-dua part ini spanar saiz 14 diperlukan. setelah itu barulah kita boleh mengeluarkan nut bersaiz 10 sebanyak 7 biji.
Part paling mencabar adalah mengeluarkan dua nut di bahagian dalam pulley water pump sebanyak 2 biji. Hal ini terjadi kerana saya tidak mengeluarkan mounting engine. Saya terpaksa mencari spanar bersaiz 10 yang sesuai. namun tiada. jadi saya terpaksa customise sendiri mengikut keperluan saya.
Apabila semua nut telah dikeluarkan saya menghadapi satu lagi masalah iaitu untuk mengeluarkan water pump yang lama dari engine bay. saya terpaksa pula membuka 3 nut yang mengikat alternator bagi membolehkan water pump ini dikeluarkan.
lega selesai mengeluarkan water pump asal dari enging bay. saya cuba pusing pulley water pump yang lama ini dan sah 100 peratus bunyi yang saya dengar ini memang dari water pump.( bunyi krek, krek apabila engine idle)
setelah itu saya pasang kembali water pump second yang dibeli dari abg bob jebon. 5 nut mudah untuk dipasang kembali. namun 2 nut agak sukar. Bagi membolehkan nut ini dipasang semula saya gantung menggunakan dawai bagi membolehkan nut tersebut dimasukkan ke bahagian pulley. setelah selesai semua proses tersebut saya pasang semua part yang telah dibuka tadi seperti semula.
setelah semua selesai saya menambah semula air ke dalam radiator. saya meggunakan air biasa dahulu sementara waktu ini untuk tujuan pemeriksaan. Jika saya masukkan terus coolent bimbang jika terdapat kebocoran rugi terpaka mengeluarkan kos dua kali.
alhamdulillah bunyi yang sebelum ini tidak lagi kedengaran. untuk next step saya akan keluarkan kesemua air untuk digantikan dengan coolent. next project saya juga akan menggantikan bearing pulley compressor aircond kerana bearing ini juga ada megeluarkan bunyi yang kurang enak.
sekian coretan pengalaman saya. Saya akan menambahkan gambar - gambar tools dan part yang diperlukan bagi memudahkan rakan- rakan lain.

Saturday, 13 April 2019

Lampu SRS menyala setelah tukar seat

Assalamualaikum rakan-rakan
Hari ini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya berkaitan lampu SRS

Baru-baru ni, saya mempunyai masalah dengan lampu SRS menyala. Model Kereta saya ini ialah honda civic fd2 tahun 2006. Kejadian lampu SRS ini menyala setelah Saya menukar keseluruhan kerusi asal saya dengan kerusi dari model Singapura. saya ada reset menggunakan prosedur yang murah dengan menggunakan klip kertas yang selalu kita guna namun masalah ini masih berlaku. Setalah itu saya ada terbaca didalam satu blog yang menyatakan saya perlu mengganti airbag dan OPDS yang asal kembali. Saya pun menggantikan OPDS dan juga Airbag dari kerusi asal dengan harapan lampu ini akan terpadam. Namun harapan tinggal harapan lampu SRS tetap tidak terpadam juga. Saya cuba pula untuk reset lampu beg udara (menggunakan prosedur klip kertas) lampu tetap kembali menyala. Untuk makluman keadaan setelah reset ialah Lampu SRS berkedip dua kali dan terpadam. Masalahnya adalah apabila suis engine dimatikan dan dihidupkan semula. Lampu SRS kembali menyala semula. Saya cuba beberapa kali tetapi apabila saya mematikan suis  engine lampu  SRS kembali menyala. Keadaan ini menyebabkan saya agak frust. Namun untuk mengetahui apakah masalah sebenar airbag saya ini saya cari lagi maklumat. Saya jumpa satu maklumat cara melihat kod error dengan kaedah manual. Saya pun ikutlah prosedur yang diarahkan. Saya telah jumper pin di OBD 2. Kod yang ditunjukkan adalah  85. 
Masih belum berpuas hati saya ke kedai yang mempunyai airbag scanner pula untuk scan. apabila discan kod masalah ini ialah:


85-64 ECU Kod ID internal failure of ODS unit (OPDS unit). 

keadaan yang sama juga berlaku setelah proses reset dilakukan menggunakan srs scanner. Frust rasnya apabila seat dah cantik tetapi aspek keselamatan tidak berfungsi. Saya berhadapan dengan masalah ini lebih kurang 1 tahun. Dalam masa 1 tahun ini saya memandu tanpa ada keselamatan airbag. Nak buat macam mana minat nak tukar seat kan. kan dah mendapat masalah dan dah bermacam- macam kaedah dibuat tetapi tetap tak selesai. 

 Saya ada bertanya kepada beberapa kedai dan rakan-rakan. Antara jawapan yang saya perolehi ialah masalah ini tidak boleh dibaiki, ECU SRS saya telah rosak, OPDS sebelah kerusi pemandu tidak dipasang dan banyak lagi. Jawapan- jawapan ini tidak memuaskan hati saya kerana semua part yang dimaklumkan berfungsi dengan baik sebelum ini. Saya cuba untuk mencari lagi maklumat bagi menjawab jawapan kepada masalah saya ini di internet.

ketika mencari penyelesaian untuk masalah ini saya menemui artikel dari  Honda-Tech yang menyatakan Anda tidak dapat memperbaiki masalah ini menggunakan scanner yang biasa atau kaedah manual kerana terdapat satu sensor pada tempat duduk penumpang perlu "dicalibrate semula" sensor tersebut ialah seat weight sensor.

Seat weight sensor Penumpang dan unit OPDS ini perlu di calibrate semula dan proses ini hanya boleh dilakukan dengan  scanner khas ( HDS scanner). Scanner khas ini bukan tak ada dijual. Ada dijual tetapi  secara online dan harganya memang mahal. Jadi saya nak guna pun sekali saja bagi menyelesaikan masalah saya ni. Maka saya perlu mencari kedai yang mempunyai HDS scanner ini. 

Proses mencari pun dimulakan. Cari punya cari tak ada tempat yang mempunyai scanner ini. Pilihan saya yang terakhir saya perlu ke tempat service honda kerana sudah tentu pusat service honda ada HDS scanner. 

Jadi baru-baru ni saya pun booking untuk calibarate kembali sensor airbag. Tiba pada hari yang dijanjikan saya pun menghantar kereta ke pusat service honda untuk proses scan dan calibrate sensor ini. 
Akhirnya setelah setahun lampu airbag ini menyala hari ini dengan secara rasminya lampu SRS ini terpadam dengan jayanya.

Pengalaman yang saya perolehi ialah: 

• Jika lampu SRS menyala stabil dan tiada perubahan walaupun sistem SRS telah direset semula, anda harus periksa  modul SRS (kod kemalangan) dan  mungkin modul SRS perlu ditukar.

• Jika selepas di reset  semula sistem SRS, lampu SRS  berkedip dua kali dan menyala dengan tetap mungkin beg udara tidak terhubung dengan sistem (soket tidak rapat atau wire putus) atau rosak.

• Sebaliknya, jika sistem SRS telah direset lampu SRS terpadam dan kekal terpadam namun kembali menyala apabila suis kereta dihidupkan semula.
Anda perlu memeriksa seat weight sensor dan OPDS. (untuk makluman semua bagi honda civic fd2 malaysia hanya kerusi penumpang yang mempunyai dua sensor ini bagi kerusi pemandu tiada dua sensor ini). 
Keadaan ini tidak bermakna seat weight sensor atau OPDS anda telah rosak. 
Keadaan ini mungkin disebabkan seat weight sensor dan OPDS tidak berkomikasi dengan baik disebabkan sambungan soket tidak rapat.
Selain itu jika anda pernah menukar ECU airbag atau OPDS juga boleh menyebabkan perkara ini berlaku.

Perkara inilah yang membuatkan ECU airbag mengesan masalah dan mengaktifkan lampu SRS.

Kesimpulannya Jika terjadi keadaan ini tidak perlulah terburu- buru sampai nak tukar seat weigh sensor, OPDS, ECU airbag. Cuba calibrate semula dahulu. Jika tidak berjaya barulah teruskan ke peringkat yang seterusnya. Duit dapat jimat masalah dapat selesai pengalaman pun kita dapat. 

sekian coretan pengalaman saya kali ini.
Assalamualaikum.

Perbezaan oil pump DC5 Type R dan FD2 Type R

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini saya ingin kongsikan sedikit info berkaitan oil pump DC5 dan oil pump FD2R. Sudah tentu ...