Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya ingin berkongsi satu pengalaman yang dihadapi dengan kereta honda civic fd 2.0 tahun 2006. Sewaktu saya menghadapi masalah ini saya ada google namun tak menjumpai entri berkaitan perkara ini. Jadi saya kongsikan pengalaman saya sendiri di dalam entri kali ini
Bagi kereta yang telah melebihi 10 tahun pasti ada wear and tear. Begitulah keretaku.
lupa nak maklum kereta ini adalah transmission auto. memang ada plan nak upgrade kepada manual sebab jiwa masih minat kepada manual. Namun disebabkan kos dan juga keadaan jalan di malaysia ini semakin banyak kereta di jalan aku kekalkan buat masa ini automatik
Ok balik kepada tajuk kita saya pecahkan kepada dua situasi. Situasi pertama Sewaktu saya hentikan kereta dan matikan suis engine untuk ke kedai bagi membeli barang. Dah selesai semua urusan di kedai saya kembali untuk hidupkan kereta untuk pulang. Apabila saya cuba hidupkan suis untuk start engine tak dengar bunyi starter crank. Gear berada di parking (P). Lampu indicator di meter semua berfungsi seperti biasa. Masa masalah ini terjadi memang gabra habis. Panas pula masa 2. Peluh jgan kata la. Nak kata battery kong lampu ok terang ja. Nak kata starter tak ada bunyi ketak- ketak starter engage. Jadi tekan break tarik gear ke neutral (N) lepas 2 cuba start. Alhamdulillah hidup.
Situasi kedua. Setelah kes pertama tadi dalam hati rasa macam tak sedap. Nak kena siasat apa punca nak jadi tak crank di (P). Bulan lepas semasa saya sedang drive kereta tiba2 lampu indicator D blinking dan tak nak hilang. Tolak gear ke natural dan kembali ke mod D dan lampu D dah tak berkedip-kedip.
Penyelesaian jangka masa pendek untuk hidupkan kereta Boleh cuba gerakan gear ke neutral (N) dan cuba hidupkan kereta. Jika kereta boleh crank dan hidup alhamdullilah. Namun jika engine tak dapat crank juga cuba gerakkan gear dari (P) ke (S) dan kembali ke (P) atau ke (N) beberapa kali. Masalah seperti ini jarang berlaku selalu. Kadang-kadang sahaja berlaku. Jika anda berhadapan dengan simptom seperti ini mungkin masalah kereta anda berpunca dari cable ataupun transmmision range sensor.
Bagi penyelesaian isu pertama dan kedua ialah bawa kereta untuk scan computer di servis center Honda bagi mengenalpasti cod error yang ECU detec. Kos untuk scan ni dalam RM60.00. Tapi nak memudahkan untuk urusan masa hadapan beli OBD 2 reader. Ada banyak jenis dari harga murah puluhan ringgit sehinggalah ribuan ringgit. Sekarang saya menggunakan brand Vgate. Kelebihan adapter kategori seperti ini boleh digunakan bersama smartphone android kerana menggunakan sambungan bluetooth. Hanya perlu install software. software yang terbaik buat masa ini yang saya guna ialah torque. Banyak function yang terdapat dalam software ini. salah satunya ialah fault code. yang membolehkan kita lihat apa cod yang bermasalah. Bagi masalah yang saya hadapi sekarang ini error code yang dipaparkan ialah P0706.
Inilah Rupa Transmission Range Sensor 10 Pin.
![]() |
Permukaan Ini Mangadap Gearbox |
![]() |
Permukaan Luar Transmission Range Sensor |
Ok untuk pemasangan sensor baru ini kereta perlulah di jack sebelah depan punumpang kerana sensor ini terletak di bahagian luar gearbox mengadap tayar. setelah itu tayar perlulah dibuka. Pastikan aspek keselamatan diutamakan semasa menjalankan proses ini. jangan bergantung kepada jack sahaja letakkan jack stand dan tayar kereta dibawah body kereta bagi menyokong jack kita jika berlaku perkara tidak diingini.
Bagi memudahkan tugasan kita semasa pemasangan nanti. letakkan gear neutral semasa awal proses sebelum kereta di jack. kerana transmmision range sensor yang baru disetkan kepada neutral.
Setelah itu buka dua dua push retainer yang terdapat pada kereta bagi membolehkan kita mengakses Transmission Range Sensor cover.
Apabila cover telah selesai dibuka. Kita dapat dapat melihat sensor yang bewarna hitam seperti gambar diatas. Terdapat dua bolts memegang sensor ini.Bagi membuka nut sensor ini kita perlu menggunakan spanar saiz 10. Selain itu kita juga perlu megeluarkan soket wire yang dihubungkan kepada sensor ini tetapi jangan tekan terlalu kuat soket ini kerana mudah patah.
**Peringatan sewaktu pemasangan** line yang berada di tengah-tengah itu selari dengan housing Transmission Range Sensor. kedudukan ini adalah untuk neutral gear. Selalunya kalau kita beli spapart kedudukan gear yang disetkan adalah di gear neutral.
Namun jika dah terlajak gerakkan boleh adjust kembali dengan menggunakan pembaris besi. pastikan pembaris boleh masuk di dalam line di tengah dan juga housing. Seperti kedudukan A,B dan D di dalam gambar di atas.
Sewaktu ingin memasang sensor yang baru untuk memastikan kedudukan gear di neutral gunakan feeler gauge saiz 2.0 mm (0.08 inch) di tengah line dan pastikan shaft di gearbox selari dengan line ini. Jika tiada feeler gauge jangan risau kita juga boleh gunakan pembaris besi. Dalam masa yang sama ikat kembali dua bolts yang memegang transmission range sensor ini.
Setelah itu jangan lupa pasang kembali cover transmission range sensor dan ketatkan dua bolt.
Ok Selepas semua proses diatas selesai kita pasang sensor baru dan test sama ada masalah ini masih berlaku atau tidak.
Bagi pengguna yang nak jimatkan kos sebenarnya kita masih boleh repair Transmission Range sensor ini.
caranya buka 6 biji philips screw dan buka housing dan cuci plate tembaga menggunakan kertas pasir untuk melicinkan kembali permukaan yang telah rosak. tetapi jika plate ini telah rosak teruk perlulah ditukar
Saya sertakan link contoh video youtube bagi memudahkan lagi pemahaman. Didalam video ini anda boleh lihat bagaimana proses membuka sehinggalah proses service. Lebih kurang sama dengan kereta civic fd
Setakat itu perkongsian saya buat masa ini untuk next entri saya akan kongsikan tentang OBD 2 adapter.