Sunday, 13 December 2020

Honda civic setelah dicuci, Polish dan ceramic coating.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini adalah cuti dan ada sedikit masa terluang. Jadi apa lagi luangkan masa untuk mencuci dan kita buang jerawat yang telah berkurun lama melekat di cat kereta.

Kerja ini memang memakan masa juga memandangkan DIY sahaja. Dengan menggunakan mesin polisher convensional iaitu tangan. Berpeluh peluh itu sudah tentu. Namun dengan semangat nak kilatkan kereta tetap diteruskan juga sehingga selesai.

Sebenarnya saya telah lama mentelaah cara nak kilatkan kereta. Saya selalu menonton channel youtube AMMO NYC. Banyak ilmu yang boleh diperolehi dari sana. 

Hari ini saya berpeluang mengaplikasikan ilmu yang diperolehi ini. 

Saya memulakan projek hari ini yang mana melibatkan 4 step. Step pertama ialah proses membersihkan kereta dan clay. proses ini penting bagi membuang kotoran  yang melekat di cat. Kotoran ini tidak hilang jika dicuci. Selain itu jika tidak dibuang ianya akan menyebabkan calar ketika proses compound dan Polish.
Setelah itu saya teruskan dengan step "compound" bagi membuang lapisan clear yang telah rosak. 
Step ketiga ialah proses polish bagi melicinkan lapisan yang telah dicompound tadi. Bagi dua proses ini mengambil masa yang agak lama kerana cat kereta saya dipenuhi water mark. Tambahan pula proses ini dibuat dengan  menggunakan tangan. 
Ok Setelah dua proses tadi berakir saya teruskan dengan proses terakhir iaitu ceramic coating. 

Untuk proses terakhir ini sebenarnya boleh sahaja jika saya menggunakan WAX. Tetapi ceramic coating ini tahan lama sedikit berbanding WAX. 

Apabila semua selesai beginilah hasilnya. Bagi diri saya memang puas hati. Watermark yang terdapat pada cat telah hilang dan apabila kereta dijirus air akan jadi seperti daun keladi. 



Sekian, 

Monday, 19 October 2020

Hidraulic mounting civic fd2 MOD

Selamat petang dan salam sejahtera. 
Petang ni saja nak share bagi pengguna civic fd yang mengalami masalah mounting engine dah terlalu rapat seperti didalam gambar. dan kesannya bergegar habis dashboard. Nak tukar gaji masih tak masuk ataupun ada benda penting lagi nak digunakan. ( saya dah cuba kaedah ini 6 bulan dan masih tak tukar lagi. Bukan tak ada duit tapi duit tak cukup haha)
 

Ok sebelum proses DIY pastikan mounting hidraulic anda tidak bocor. jika bocor tukar terus tak berbaloi nak DIY.

Benda yang diperlukan.
1 washer drain minyak hitam. nak guna washer apa pun boleh. tetapi washer minyak hitam saiz dia sesuai dengan tapak mounting bagi saya la. 
2 jack kereta
3 spanar 
4. kayu

mari mulakan
jack oil sump dengan menggunakan jack kereta
lapik dengan kayu. nanti rosak oil sump lagi makan modal.

buka 4 nut dan 1 bolt di kawasan mounting
setelah itu angkat sedikit besi plate yang berada di atas mounting
masukkan washer tadi diantara tapak mounting dan besi plate.
ikat kembali semua nut dan washer
turunkan jack.

Selesai.

sumber rujukan diambil dari
https://www.8thcivic.com/threads/2008-honda-civic-vibration-during-idle-and-deceleration.299126/

semorga bermanfaat di bulan ramadan ini. Perkongsian kepada semua. Yang paling baik tentulah Original mounting. Tetapi tidak salah DIY dahulu sementara cukup modal untuk tukar.


 Update terkini 2024 saya telah menukar engine mounting ini kepada model FD2R. Engine mounting FD2R ini nampak seperti sama namun material yang digunakan agak berlainan dan sedikit keras. Ini adalah part number bagi barangan ini.

Engine mounting FD2R 50820-SNW-J01.
Engine mounting FD2    50820-SNG-J01





Saturday, 29 August 2020

cara melihat paras minyak hitam civic fd2

Mungkin kita telah lama menggunakan kereta civic fd2, fd2r,fn2r dan kereta yang bernadikan k20. Tidak kira sama ada A ataupun Z series. Mesti kita telah dengar pelbagai versi cara melihat takat minyak hitam yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak.
Hari ini saya kongsikan versi yang pihak manufacture honda keluarkan. semorga bermanfaat

Sunday, 12 April 2020

Tukar OEM player kepada android player

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya nak berkongsi pengalaman saya menukar original player honda civic kepada Android player honda civic. 
Proses penukarannya adalah sangat mudah kerana wiring dan soket telah didatangkan dari kilang adalah plug and play. Jadi memudahkan kita untuk memasangnya. 
untuk makluman semua Android player ini saya order daripada china melalui aliexpress.
Saya beli Player ini dari china kerana spesifikasi yang saya inginkan tiada di Malaysia buat masa itu. Untuk player ini spesifikasinya seperti di bawah:-

Operating System:Newest Android 8.0 system, More faster and Stable,will provide you the excellent experience on the car radio.

CPU Processor:Android 8.0-Octa Core 64 bit Rockchip PX5 Cortex A53 1.5GHZ Frequency

OSD Language:English/French/German/Italian/Spanish/Russian/Arabic/Hebrew/Turkish/Japanese/Chinese and so on,support more than 70 kinds of multiple menu language.

RAM and Memory:RAM:Samsung DDR3 4GB

Memory:32GB

Screen:LCD:1024*600 HD Hanstar Screen

Touch Screen:capacitive multi-touch screen

Radio:Radio tuner with RDS,30 preset radio station.(FM:3*6,AM:2*6),Built-in NXP6686 Radio chip,the highest quality with better radio signal reception.

FM Frequency:87.5-108MHZ(Europe),87.5-108 MHZ(America),87.5-108 MHZ(Australia).

AM Frequency:522-1620KHZ(Europe),530-1710KHZ(America),522-1710KHZ(Australia).

GPS Navigation:Support both online and offline map such as Igo,Navitel,Sygic,Google Map,Waze etc.can download your favourite android navigation APP as you like.

Support Voice Guide,2D/3D map.GPS dual zone function,you can enjoy radio,music when navigation.

Bluetooth 4.0:Built-in,External Microphone is ready for hands free phone call.

Support Call log,Bluetooth Music(A2DP),Bluetooth Phonebook search from “A to Z ”.

Internet:Built-in WIFI Module,can surfing internet through the mobile WIFI hotspot ,Support 3G/4G.(3G/4G Dongle is requried) 

Sound:TDA7851 Amplifier IC,Max Audio Output:4*50 watts,enjoying high quality audio system in the car.

Rear View Camera input:Built-in camera video input for you to connect with after-market rear view camera for safe packing.

Note:Rear view camera is optional,not include in the package.

Music Format: MP3,WMA,AAC,RM,FLAC etc

Video Format: MPEG1/2/4,H264,H263,VC1,RV,RMVB,DivX,Sorenson SparK,Spark,VP8,AVS Stream.

Compatible Disc: DVD/DIVX/MP4/MP3/MP2/VCD

Mirror Link: AirPin(PRO) for iphone and Easy-Connect for Android phone

APK Installer: Support Android Package installer

Wallpapers: live wallpapers, standard wallpapers, support DIY wallpaper from Gallery

EQ adjust:Support POP,Jazz,Classic,Rock,Flat,User,Loud,EQ modes.

Ini pula kod untuk player ini


121212 - opens facotry settings app (Device customer name beginns with RM - parameter ro.product.customer). 
3333 - opens facotry settings app, only logo change screen
m123456 - opens facotry settings app with bit other parameters...
adbon - enables ADB
adboff - disables ADB
keject - sets ctr_key to eject
kpower - sets ctr_key to power
hcttouch - display some touch info. probably touch panel area size in pixels
hctreboot - initiates device reboot

hctbtup - writes on screen "BT updata!" , Sends Android Intent
hctbtte + 3 digits - probably starts some tests with bluetooth adapter. but no information what this 3 digits meaning

logcls - clears logcat
logcat - executes logcat as follows [b]logcat -f  <filename> -v time
		 filename = <external storage>/<current date+time>_android.txt
kmsg   - excutes dmsg command and writes output to <filename>
		 filename = <external storage>/<current date+time>_kernel.txt
radio	- executes logcat as follows [b]logcat -b radio -f <filename>
		 filename = <external storage>/<current date+time>_radio.txt
logcan - starts CAN bus logging app

1199	- enables/disables HZC_MENU . I don't know what it is
v5555	- Enables/disables Video while driving. Enable also removes "Watching video" under Car settings
hcttest + up to 3 digits - not tested yet.

Untuk android player saya ini tidak menyokong fungsi AHD reverse camera. 


kesimpulan yang saya dapat ceritakan di sini. untuk membeli android player bagi kereta. kita perlulah ada sedikit ilmu. Bukan ilmu ghaib tau. tetapi ilmu dalam dunia gadject. Seperti membeli smartphone apakah yang selalu kita lihat sebelum kita beli Bezanya Android player ini ada dua part didalamnya satu android dan satu lagi MCU (proses steering wheel botton dan lain-lain lagi nak cerita panjang pula). RAM dan Prosessor dua komponen ini memainkan peranan sangat penting bagi memastikan android OS dapat beroperasi dengan lancar. Jika RAM dan prosessor anda kecil pasti anda akan mengalami masalah "hang" umpanya seperti kereta nissan GTR menggunakan engine kancil. Jangan marah ya pemilik kancil saya buat perumpamaan saja. Jadi pilihan terletak ditangan anda sebelum membeli lihatlah spesifikasi dan harga. jika harga murah tetapi spesifikasi tidak mantap anda akan menyesal kemudian hari. Selain itu radio chip juga sangat penting kerana ianya berfungsi mendapatkan signal radio yang baik. jika radio chip yang diberikan adalah yang biasa maka anda akan mengalami siaran selalu putus ataupun siaran tidak jelas. Tambah-tambah sesiapa yang berada berdekatan dengan sempadan negara seperti negeri perlis.


Reverse camera fd2r

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini saya ingin berkongsikan cara menggunakan original reverse camera fd2r dengan aftermarket android player.

Setelah lama mencari maklumat berkaitan wiring reverse camera original fd2r yang tiada di dalam internet, hari ini akhirnya saya berjaya juga melakukan proses wiring revere camera original fd2r ini.

Bagi reverse camera original fd2r ini ada pelbagai versi. setiap versi warna wire adalah berbeza. untuk perkongsian kali ini saya hanya akan berkongsi  bagi versi camera yang mempunyai warna wire seperti di bawah. Bagi pemilik camera fd2r yang mempunyai camera versi lain saya minta maaf kerana saya tidak berkesempatan untuk mencuba lagi. Perkongsian saya ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Tak berani nak kongsi kalau kita tak cuba sendiri. Bak kata orang "tak pasti jangan kongsi".

ok berbalik kepada topik kita tadi. Untuk pengetahuan semua original reverse camera mempunyai 4 wayar iaitu:-

signal positif (yellow)
signal negative (white)
power positif 6volt (Red)
power negatif 6 volt (black)

Manakala aftermarket android player pula menggunakan RCA soket.

Bagi membolehkan aftermarket android player berfungsi dengan reverse camera original fd2r kita perlulah membuat proses modifikasi kepada 4 wayar terbabit.

Ok jom kita ke peringkat modifikasi 4 wayar camera ini.

Wayar kuning (Signal positif) dan putih (signal negatif) yang berfungsi sebagai signal akan diconvert ke RCA. wayar ini akan menghantar isyarat video dari camera ke android player

manakala dua lagi wayar iaitu merah dan hitam akan disambungkan dengan sumber power. Selalunya sumber ini akan diambil dari wayar reverse.

selain dari proses ini proses step down voltage juga perlu dilakukan kerana original reverse camera fd2r hanya menggunakan volt sekitar 4-6 volt. jika proses step down voltage ini tidak dilakukan maka komponen didalam camera itu akan mengalami kepanasan dan menyebabkan short didalam litar di camera terbabit.



wire hitam, merah kuning dan putih
setelah disambung dan dicuba

Setelah proses ini selesai barulah kita boleh sambungkan camera ini ke android head unit di kereta.

Bagi proses penyambungan ini sangat mudah. Hanya sambungkan RCA female android head unit dengan RCA soket male wiring bagi camera kita.

saya sertakan sekali diagram bagi memberi gambaran yang lebih jelas tentang perkara ini.


Kesimpulan yang dapat saya berikan di sini ialah kualiti reverse camera original fd2r sebenarnya tidak cantik kerana resolution original camera ini hanya 480p. 
Untuk mendapatkan kualiti reverse camera yang baik sebenarnya mudah namun untuk mendapatkan fitting dan angle camera itu sebenarnya yang sukar dan mencabar. Selain itu proses modifikasi terhadap aftermarket camera juga perlu dilakukan bagi membolehkan kedudukan camera berada seperti kedudukan original.

Sekarang saya menggunakan reverse camera aftermarket. Murah dan mudah untuk diganti apabila belaku kerosakan kepada camera ini. 
Sekian terima kasih Semorga bermanfaat perkongsian saya kali ini.

Bleeding sistem clutch Civic fd2r

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan. Tahun 2020 ini dunia terutamanya Malaysia negara tercinta ini digemparkan dengan virus covid 19. Jadi kita diarahkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan wabak ini. 
Memandangkan kita perlu meminimumkan  pergerakan kita di luar jadi hari ini saya nak berkongsi pengalaman saya bleeding sistem clutch fd2r. Boleh la sahabat- sahabat mencuba DIY sendiri di rumah.

Mari kita ke topik utama iaitu

Bleed clutch hydraulic system.
  • Sambungkan paip kecil ke screw bleeder (A) dan gantungkan di mana-mana tempat yang sesuai.
  • Pastikan paras minyak di dalam tabung silinder takungan minyak clutch mencukupi, kemudian perlahan lahan tekan pedal clutch sehingga tiada gelembung udara kelihatan lagi didalam paip bleeder.
  • Bagi mengeluarkan semua udara didalam sistem clutch kita perlu mengehadkan pergerakan release fork (B) dengan menggunakan kayu.
  • Ulang proses diatas sehingga tiada lagi udara atau gelembung udara kelihatan pada paip bleeder yang kita pasang tadi.
  • Akhir sekali ketatkan screw bleeder dengan torque 8 N·m (0.8kgf·m, 5.8 lbf·ft). Jangan terlebih ketat nanti loose pula nut bleeder ni.
  • Jangan lupa isi semula minyak ke dalam tabung silinder takungan minyak clutch apabila semua proses di atas selesai
  • Pastikan minyak yang digunakan hanya dari Honda Brake oil DOT 3 atau 4. Kalau boleh guna minyak brake yang baru dibuka dari botol.
  • Periksa kebocoran dan pastikan clutch berfungsi seperti biasa.

7.
Pastikan juga paras minyak didalam silinder 
takungan minyak clutch berada di garisan 
MAX (atas) (A) 

Sunday, 5 April 2020

Safety clucth switch Diagram

Assalamualaikum dan Selamat petang rakan2. Perkongsian petang ni bagi pengguna fd2 yang dah convert manual  tetapi nak buat macam fd2r tekan clutch baru boleh start. ini dia diagramnya.

Bagi perkongsian kali ini  hanya khas kepada pengguna manual. Bagi pengguna yang masih gearbox auto tak perlu la sebab dah dilahirkan dengan transmission range switch. dekat P atau N sahaja boleh start kereta.


ok berbalik kepada topik tadi
caranya sangat mudah. sambungkan satu wayar ke starter cut relay dan satu lagi wayar ke ground seperti didalam diagram (M/T). tetapi kena la ada clutch switch yang soket warna kuning. Bagi switch yang bawah abaikan sebab untuk cruise control. kalau dah fd2r nak cruise contol apa lagi  kan.


Harap bermanfaat kepada semua.

Penyelesaian lampu airbag menyala apabila menukar steering dan airbag FD2 Type R

Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada hari ini saya ingin kongsikan sedikit maklumat berkaitan kaedah mengatasi lampu airbag menyala ap...