Tuesday, 26 March 2024

Bunyi apabila gear 3,4 dan 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada hari ini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya berkaitan masalah yang saya hadapi. Masalah yang berlaku adalah bunyi seperti gear pecah apabila berada di gear 3,4 dan gear 5. Bunyi ini akan hilang apabila berada di gear 6.

Pada peringkat awal saya menjangkakan masalah ini berpunca daripada bearing yang pecah. Saya pun order bearing baru. 

Namun setelah proses membuka gearbox dilakukan tekaan saya itu meleset daripada realiti sebenar.  Semua bearing berada dalam keadaan yang cemerlang dan tiada sebarang kerosakan. Termenung juga la sekejap. Modal dah habis tetapi tekaan tidak mengena. 

Saya fikir dah alang-alang gearbox pun sudah dibuka semua. Saya pun lakukan pemeriksaan yang lebih mendalam. Saya periksa satu persatu gear. Dari gear 1 sehinggalah gear 6. 

Sewaktu saya memeriksa gear 6 saya dapati terdapat sedikit kejanggalan. Perkara ini kerana gear 6 ini agak longgar. Jika nak dibandingkan dengan gear lain semuanya fit dan tiada free play. 

 Saya pun mula la membuka bearing dan gear 6 ini daripada counter shaft . Apabila diperhatikan terdapat kesan haus pada spline counter shaft. Bukan itu sahaja bahagian spline di dalam gear 6 yang disambungkan dengan counter shaft juga turut terdapat kesan haus.



Gambar Ini merupakan kedudukan gear 6 pada kereta saya. Namun kedudukan terbalik. Saya sahaja letak 

Ini barulah kedudukan sebenar gear 6 ini. Terdapat kesan hakisan pada spline pada shaft.
Ini keadaan apabila gear dan counter shaft dipisahkan. Terdapat kesan hakisan pada jalur spline counter shaft.
Pada gambar ini hakisan yang berlaku kelihatan amat jelas.
Jadi apabila masalah utama telah diketahui. Saya cuba untuk melakukan proses restorasi. Saya cuba hantar ke kedai foundary. Namun kedai tersebut mengatakan kerosakan ini tidak dapat diperbaiki.

Oleh itu saya mencari batang counter shaft yang second hand. Cari punya cari. Tidak ada pula orang yang menjual.
Termenung lagi saya. Gearbox dah buka. Jika  pasang kembali masalah ini tidak akan hilang dan kemungkinan akan merosakkan bahagian yang lain pula.

Saya mengambil keputusan untuk bertanya kepada service center honda pada 04 Februari 2024. Item yang saya ingin order ialah 

1) 23221-RPN-000  (1 unit)
2) 23461-PNS-000  (1 unit)
3)91205-PL3-B01 (1 unit)

Pihak honda memaklumkan bahawa shaft ini ada namun proses penghantaran mungkin akan mengambil masa yang ada lama kerana perlu diorder dari warehouse di luar negara. Nak tak nak saya terpaksa la menunggu juga. Selain dari shaff counter ini, saya juga turut memesan gear 6 kerana gear yang lama telah rosak bahagian dalam spline gear tersebut.

Pada 06 Februari saya saya semak semula barangan yang saya order. Nak dijadikan cerita saya tersilap order gear pula. Gear yang saya nak guna ialah gear 6 tetapi saya tersilap order gear 5. Saya pun hubungi semula honda service center bagi memaklumkan perkara ini dan bertanya sama ada saya boleh tukar order dari gear 5 kepada gear 6. Petugas yang saya hubungi memakluman beliau perlu berbincang dengan person incharge terlebih dahulu.

Pada 7 Februari 2024 honda service center menghantar whattsap kepada saya mengatakan order saya yang dibuat pada 04 Februari 2024 tidak diorder lagi kerana akaun mereka telah disekat. Oleh itu saya dapat menukar order saya. Alhamdulillah selamat dapat tukar. 
 
Jadi order baru saya adalah seperti ini saya juga ada menambah baru 3 benda lagi untuk diorder agar kerja yang saya bakal dibuat nanti berjalan dengan lancar.

1) 23221-RPN-000 (1 unit)
COUNTERSHAFT

2)91205-PL3-B01 (1 unit)
OIL SEAL, 40X56X8 (PASSANGER SIDE)


Yang ni saya tambah
3) 90182-S2H-000 ( 4 Unit ) 
BOLT, FLANGE 12X25

4) 23491-PNS-000 (1 unit) 
GEAR, COUNTERSHAFT SIXTH

5) 08267-P99-Z1YM1 (3 bottle) 

Datang lagi satu masalah gear yang saya order tidak dapat dibekalkan oleh honda kerana tiada stok. 
Saya pun cuba order dari rakan saya di Shah Alam. Alhamdulillah dia ada stok. Hari ini order keesokan harinya barang sampai di rumah saya.

Sekarang tinggal menunggu barangan dari honda service center sahaja.
Tungu punya tungu dekat 1 bulan 

Akhirnya barang yang saya order telah sampai.

Ini ialah gambar countershaft yang saya order dari honda.

inilah bentuk gear 6 pada gearbox fd2r. Gear ini mempunyai 31 gigi dan diameternya ialah 71 mm


Mari kita mulakan cerita bagaimana saya menukar barangan yang telah rosak ini dengan barangan yang saya telah beli.

Kerja-kerja menggantikan shaft pun dimulakan.

Saya membuka semula gaearbox dan kesemua part.

Untuk makluman untuk mengganti shaft yang bari ini semua gear perlulah dikeluarkan terlebih dahulu. Terdapat dua cara satu cara tradisional iaitu mengetuk. Satu lagi kaedag modern la menggunakan mesin press.

Untuk kerja penukaran kali ini saya memilih untuk press keluar sahaja. Bulan puasa takut tersilap ketuk rosak pula barangan lain.

Untuk proses press gear ini saya buat di kedai sahaja kerana saya tidak mempunyai mesin press. Oleh itu saya buat dua kali trip ke kedai press

Trip pertama ke kedai press adalah untuk mengeluarkan semua gear. Untuk makluman terdapat 5 gear yang perlu dipress keluar. Manakala baki gear dan synchro yang ada tidak perlu dipress kerana ianya boleh dikeluarkan menggunakan tangan sahaja.  

Setelah itu saya balik ke rumah bagi memasang gear yang dipress tadi ke batang shaft baru. Jadi saya pindahkan sahaja gear dan synchro yang saya katakan tadi. Saya memilih untuk memasang sendiri semua synchro kerana merasa lebih yakin berbanding kedai yang pasangkan.  Setelah itu saya pergi semula ke kedai tadi untuk press masuk baki 5 gear.

Setelah selesai bahagian set counter shaft saya memasang semua kesemua part di kedudukan di dalam gearbox.

Tibalah masa untuk gearbox dinaikkan kembali ke kereta. Proses ini adalah sama seperti biasa. 

Saya mengambil peluang juga untuk memasang heat shield power steering. Lama juga saya cari heat shield ni. Banyak yang saya tanya kedai halfcut tetapi tidak ada. Yang ini saya  yang order juga dari honda juga tetapi di utara malaysia.

Beginilah bentuk heat shield power steering yang saya beli
Part numbernya ialah 53692-SNW-000


Alhamdulillah semua part dari gearbox, subframe, drive shaft dan lain-lain part berjaya dipasang semula. 

Bila tengok jam dah pukul 3.00 pagi. Kejap lagi nak sahur pula. Saya pun ambil keputusan untuk tidur dulu

Keesokan harinya 
Saya pun hidupkan kereta dan clear semua cod error yang ada kerana semalam saya hidupkan engine tanpa pasang IAT sensor.

Setelah itu error charging pula tak nak hilang. Dia puat perangai baru pula. Untuk makluman error ini menandakan alternator tidak charge battery.
Saya pun cuba cek fius dan relay. Namun masalah ini tetap terjadi. Apabila saya cuba tekan socket alternator ianya  berfungsi. Namun apabila socket ini dilepaskan error ini naik semula.

Saya pun suspect socket ini telah rosak saya cuba la cari socket alternator di kedai halfcut. Tidak ada pula. Akhirnya saya pun beli aftermarket soket. Soket aftermarket ini didatangkan sekali dengan wire. Saya tidak potong wire original sebaliknya saya sambungkan dan tape sahaja. Mudah untuk saya gantikan socket ini nanti dengan original socket. 
Setelah diganti ingatkan hilang la masalah itu. Tetapi malangnya tetap terjadi masalah alternator tidak berfungsi. Saya periksa voltage battery saya menggunakan applikasi hondata. Dekat 10.12 volt. Jika dibiarkan mau habis battery kereta. Mana tidaknya alternator tidak charge batteri.

Nak dijadikan cerita saya cuba la ketuk- ketuk alternator menggunakan spannar. Apabila lepas kena ketuk terus berfungsi seperti biasa. Mungkin pada anggapan saya carbon bush di dalam alternator ini tersangkut. Mana tidaknya kereta saya dah tidak dihidupkan 1 bulan lebih.
Selesai la kerja-kerja saya memperbiki kereta ini pada hemat saya.

Kusangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Muncul satu lagi masalah. Kebocoran pada sistem aircond. Saya pun cuba la cari di mana kebocoran gas aircond ni. Dalam hati saya minta janganla rosak cooling coil. Sebab nak buka cooling coil memang siksa dia hanya kedai aircond saja yang tahu.

Akhirnya pencarian saya membuahkan hasil. Kebocoran ini berpunca dari  lower pipe.

Sekian sahaja coretan pengalaman saya dengan kereta saya ini. Kesimpulannya guna kereta ini tidak pernah lari dari masalah tetapi kita perlu hadapinya juga. Kereta apa pun yang kita guna pasti akan rosak. Tidak kira brand atau dari mana kereta itu datang. 

Thursday, 23 November 2023

Tukar radiator aluminium

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tukar radiator standart kepada radiator triple layer aluminium brand Forge racing 
radiator  Blox engineering 
made in australia
Saiz 75x12x55 cm

Sebelum ini saya pernah melakukan proses service pada radiator original ini. Pada masa itu kerosakan yang berlaku ialah cover pada bahagian atas telah pecah. Setelah proses penukaran cover ini sebenarnya masih berlaku kebocoran tetapi saya tidak perasan. Perkara yang membuatkan saya syak berlaku lagi kebocoran ialah apabila air di dalam tangki spare akan berkurang dalam tempoh seminggu. Satu lagi petanda ialah bau coolant apabila saya parking kereta. Setelah banyak petanda ini saya yakin radiator saya ini masih bocor. Apabila saya siasat ternyata kebocoran berlaku di bahagian plastik cover atas. 

Saya mengambil keputusan untuk menukar radiator ini kepada radiator jenis full aluminium. Pemilihan saya ini adalah kerana Harga radiator aluminium Rm700.00. Selain itu 
Harga untuk service tukar cap plastik pula ialah Rm450.00


Cover penutup atas radiator tidak boleh dipasang kembali. Nampak tidak kemas. Oleh itu saya telah melakukan sedikit proses modifikasi pada bahagian cover ini bagi membolehkan cover ini dipasang semula

Saya menggunakan coolant honda type 2. Pemilihan coolant ini kerana full coolant. Jumlah yang diperlukan ialah 6 botol.

Tuesday, 26 April 2022

Masalah SRS airbag menyala lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 



Pada hari ini saya ingin berkongsi pengalaman kereta saya. Masalah yang saya hadapi ialah lampu airbag menyala lagi. 

Sebelum saya memulakan cerita pengalaman saya. Saya nak tekankan di sini SRS sistem ini agak merbahaya. Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap segala risiko yang dialami jika terjadi apa-apa masalah atau kecederaan.

Ok kita teruskan

Keadaan ini terjadi setelah saya memandu ke tempat kerja pada bulan januari yang lalu. Tengah memandu tiba-tiba lampu srs saya menyala pula. Setelah habis kerja saya cuba reset manual. Namun tidak berjaya dalam masa yang sama lampu di atas steering saya juga tidak menyala.

semua lampu di atas steering


Nak lebih detail saya pun mengambil keputusan untuk di scan di kedai yang mempunyai SRS scanner. Hasil dari scan  Code yang diperolehi ialah 


54-20 internal failure of srs unit
12-10 Open in the front passanger's airbag first Inflactor.

Setelah itu saya booking dengan service center honda untuk proses clear fault code. Namun saya diminta untuk meninggalkan kereta selama 3 hari. Pelik juga saya nak clear fault code mengambil masa 3 hari. Tak apa la ikut sahaja la. Saya hantar pada hari jumaat pagi. Namu sebelah petang pihak honda memaklumkan saya boleh mengambil kereta saya namun error code itu tidak dapat dipadam. Pihak honda ada memberikan sebut harga bagi barangan yang berkemungkinan  perlu ditukar. Dua barang tersebut ialah airbag steering dan juga ecu SRS. 

Memang agak tinggi harga dua barang ini tetapi jangan terkejut harga barang tersebut adalah new original part. Sebab barang original baru dan termasuk kos shipping.

Setelah itu saya memilih untuk mengambil kereta saya . Plan saya ialah melakukan pemeriksaan sendiri dan jika ada barangan yang perlu ditukar saya akan membeli barangan halfcut. Dapat la saya jimat sedikit kos. Saya pun memandu seperti biasa dengan keadaan lampu srs menyala. Dalam masa yang sama saya melakukan pembacaan di dalam service manual workshop honda. Saya ada post manual service berkaitan error 12-10  di dalam blog saya sebelum ini.

Setelah lama mentelaah dan melakukan andaian. Saya membeli barangan yang diperlukan bagi proses pemeriksaan ini. Barangan yang dibeli ialah SRS simulator. 

Barangan ini banyak digunakan oleh pengguna yang menukar seat after market atau steering aftermarket. Barang ini berfungsi untuk bypass sistem airbag. Sebenarnya cara nak buat  bypass airbag ni mudah dan murah sahaja. Barangan yang diperlukan ialah resistance atau perintang. Bacaan Ohm resistance yang diperlukan ialah 2 ohm. jangan ambil resistance 2k Ohm ya.

untuk gambar di atas ini ialah  part original honda untuk SRS infiator Simulator. Untuk
part number ialah 075AZ-TB4011A. Tetapi nak dapatkan barangan ini memang agak sukar sekarang.


Minggu ini saya ada sedikit masa untuk melakukan pemeriksaan. Sebagai langkah keselamatan diri dan juga bagi mengelakkan berlaku shortage yang boleh merosakkan komponen elektrik lain atau tiba - tiba airbag meletup saya memulakan dengan membuka terminal negatif battery. Setelah itu saya teruskan dengan membuka airbag di steering. Dua screw perlu dibuka di bahagian tepi kiri dan kanan. Setelah itu kita boleh lihat dua soket yang ada. Warna putih dan kuning. Untuk soket warna putih ialah horn dan kuning pula ialah airbag.

Soket kuning inilah yang perlu kita periksa. Soket ini bersambung dengan cable reel atau lebih dikenali dengan nama clock spring. 


Berbalik kepada cara kita nak periksa. Caranya sangat mudah. Kita masukkan SRS simulator ke soket ini. Tetapi dalam kes saya ini kaki SRS simulator tak dapat nak masuk kerana jarak pin srs simulator ini terlalu rapat berbanding dengan jarak soket saya. Jadi saya solder wire ke kaki pin srs simulator ini. Setelah itu saya sambungkan simulator dengan soket SRS ini. 


Setelah diperiksa masalah airbag tetap menyala. Setelah itu saya melakukan pemeriksaan kedua seperti yang terdapat di dalam service manual honda. 

Pemeriksaan ini dilakukan di bahagian connector bawah yang menghubungkan soket ini dengan soket dari dasboard. Saya sambungkan simulator dengan soket ini dan saya hidupkan kunci. Alhamdulillah tanpa perlu reset error SRS. Lampu SRS tidak menyala lagi. Bermakna kedua dua code error sebelum ini telah diatasi.

Jadi di sini saya melakukan andaian bahawa bahagian atas dari soket ini bermasalah. Bahagian atas itu berkemungkinan ialah clock spring atau juga airbag. Bagi memeriksa airbag saya ok atau tidak saya cuba untuk sambungkan soket airbag saya terus ke soket ini. Setelah kunci dihidupkan ternyata airbag saya tidak bermasalah dan lampu SRS tidak menyala. 

Akhirnya selesai satu masalah. Kerosakan yang dihadapi oleh kereta saya ialah clock spring. 

Saya cuba memeriksa mengunakan multimeter untuk memeriksa sambungan clock spring ini. Bahagian pertama yang saya periksa ialah sambungan soket srs airbag dengan soket bawah di bahagian clock spring. Setelah pemeriksaan ternyata terdapat masalah wire tidak berhubung di bahagian wire airbag ini.

Saya mengambil keputusan untuk membuka dan perbaiki clock spring ini. Apabila dibuka sebenarnya masalah yang terjadi ialah wire putus di bahagian flexy cable di dalam clock spring ini. Bahagian cable yang terputus ini hanya bahagian dalam dawai tembaga. Kita dapat memeriksa di bawah lampu bagi melihat dawai yang putus. Apabila dilihat dibawah lampu terdapat 3 wire yang putus. Oleh kerana bahagian yang putus ini di bahagian hujung saya bolehlah melakukan proses penyambungan semula.

Untuk melakukan proses penyambungan ini saya menggunakan solder. Bagi membolehkan timah melekat di cable flexy ini kita perlu menores sedikit lapisan penebat yang menutup cable sehingga kita nampak lapisan tembaga. Setelah itu barulah kita boleh melakukan proses solder terhadap flexy cable ini.

Contoh bahagian dalaman clock spring. Untuk civic fd2 ada 3 keping flexy cable.


Sebenarnya clock spring jarang orang yang repair. Tetapi saya nak cuba repair untuk kepuasan diri. Kalau rosak saya boleh tukar dengan clock spring yang lain. Untuk harga clock spring second hand lebih kurang RM 190 ke atas.

Setelah selesai proses soldering tadi saya balut flexy cable ini dengan electrical tape bagi mengelakkan short di bahagian yang disambung tai. Setelah itu saya teruskan dengan proses pemasangan. 

Alhamdulillah selesai masalah error SRS saya ini. 

Peringatan untuk clock spring yang second hand sila pastikan bilangan pusingan berada di tengah tengah. sebagai contoh jumlah pusingan adalah 6. Untuk pemasangan letakkan center di 3. 

Masalah kereta saya terjadi begini kerana sebelum ini saya ada melakukan proses menurunkan subframe dan saya tidak melakukan proses center terhadap clockspring ini sewaktu pemasangan steering rack. Ini merupakan pengalaman kepada saya juga supaya lebih berhati hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan pada masa akan datang. Kelekaan sedikit pasti memberi kesan pada masa akan datang.

Setakat ini sahaja perkongsian pengalaman saya untuk kali ini. Semorga bermanfaat kepada semua salam Ramadan.




Monday, 25 April 2022

DTC Troubleshooting: 12-1x, 12-4x

DTC Troubleshooting: 12-1x, 12-4x

DTC 12-1x (12-10 to 12-19, 12-1A to 12-1F):Open or Increased Resistance in Driver's Airbag First Inflator (RHD type)
  
  


Special Tools Required
SRS inflator simulator (  07SAZ-TB4011A)
 

SRS simulator lead J (  070AZ-SNA0100)
 

1.Erase the DTC memory.

2.Turn the ignition switch ON (II), and check that the SRS indicator comes on for about 6 seconds and then goes off.

Does the SRS indicator stay on, and is DTC 12-1x or 12-4x indicated?


YES - Go to 3.


NO - Intermittent failure, system is OK at this time. Go to Troubleshooting intermittent Failures. If another DTC is indicated, go to the DTC Troubleshooting Index.


3.Turn the ignition switch OFF. Disconnect the negative cable from the battery, and wait for 3 minutes.

4.Disconnect the driver's airbag 4P connector (A) from the cable reel.

 

5.Connect the SRS inflator simulator (2 Wconnectors) and simulator lead J to the cable reel.

6.Reconnect the negative cable to the battery.

7.Erase the DTC memory.

8.Read the DTC.

Is DTC 12-1x or 12-4x indicated?


YES - Go to 9.


NO - Open or increased resistance in the driver's airbag first or second inflator; replace the driver's airbag.


9.Turn the ignition switch OFF. Disconnect the negative cable from the battery, and wait for 3 minutes.

10.Disconnect the dashboard wire harness 4P connector (A) from the cable reel.

 

11.Connect the SRS inflator simulator (2 Wconnectors) and the simulator lead to the dashboard wire harness.

12.Reconnect the negative cable to the battery.

13.Erase the DTC memory.

14.Read the DTC.

Is DTC 12-1x or 12-4x indicated?


YES - Go to 15.


NO - Open or increased resistance in the cable reel; replace the cable reel.n


15.Turn the ignition switch OFF. Disconnect the negative cable from the battery, and wait for 3 minutes.

16.Disconnect SRS unit connector A (28P) from the SRS unit. Do not disconnect the simulator lead from dashboard wire harness 4P connector.

17.Disconnect the SRS inflator simulator from SRS simulator lead.

18.Check resistance between the terminals of both SRS simulator leads. There should be 1 W or less.

 

Is the resistance as specified?


YES - Faulty SRS unit or poor connection at SRS unit connector A (28P) and the SRS unit. Check the connection between the connector and the SRS unit. If the connection is OK, replace the SRS unit.n


NO - Open or increased resistance in dashboard wire harness; replace dashboard wire harness.n

Monday, 7 March 2022

Pengalaman Tuning kereta

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini mungkin pendek sahaja perkongsian saya. Perkongsian saya hari ini ialah pengalaman dyno kereta saya. Untuk makluman para pembaca Ini merupakan kali kedua saya dyno kereta saya.

Untuk kali pertama saya dyno kereta saya dengan engine asal iaitu engine k20z2 pada tahun 2018. Untuk kali pertama dyno ini saya buat di fast autoworks. 
Waktu itu saya ada tugasan di selangor jadi saya ambil kesempatan untuk dyno dahulu sebelum balik ke utara. Nak datang ke selangor untuk dyno saja tak berbaloi makan modal oi.
Ok untuk proses ini saya melakukan proses remap ecu dan dyno. Proses ini saya buat kerana saya telah menukar gearbox auto kepada gearbox manual tetapi saya masih menggunakan ecu asal. Jadi proses remap ini perlu bagi memastikan angin dan minyak yang dibakar adalah mencukupi dan pembakaran yang dihasilkan adalah sempurna. Untuk makluman mesin Dyno yang digunakan di fast autoworks ialah dynojet.

Berikut adalah hasil remap bagi engine k20z2 dengan gearbox fd2r.

Bagi engine baru  ini saya memilih untuk melakukan proses dyno ini di 
Jo1 Racing sungai petani. 


Sebenarnya proses dyno ini saya telah buat pada tahun 2020 sebelum terjadinya kes covid 19 ini lagi. Tetapi tak ada idea nak menulis. Jadi hari ini ada sedikit idea apa lagi kita curahkanlah. Haha.

Ok berbalik kepada cerita kita tadi. Pemilihan kedai jo1 Racing ini ialah  kerana berdekatan dengan rumah saya.

Untuk makluman kedai dyno di jo1 Racing ini terletak di kawasan padang temusu sungai petani. 

Selain dari dyno kereta kedai ini juga menyediakan khidmat dyno motosikal dan perkhidmatan mencuci injector.

Untuk kali kedua dyno ini saya menggunakan hondata flashpro. Dah cukup tabungan. Haha. Misi utama saya bukanlah mengejar HP tetapi pembakaran yang sempurna kerana keseluruhan sistem engine saya telah rojak. Jadi proses tuning perlu dilakukan supaya pembakaran yang dihasilkan adalah sempurna. Tidak terlalu rich ataupun lean. 
Alhamdulillah proses tuning dan dyno berjalan dengan lancar. Engine saya pun tak meragam sewaktu proses ini.

Berikut merupakan hasil dyno engine saya yang baru. Untuk makluman mesin dyno yang digunakan di sini ialah dyno dynamics.

Kesimpulan yang saya dapat ringkaskan dalam perkongsian kali ini ialah. Setiap modifikasi yang dilakukan terhadap engine kita perlulah melakukan kembali proses tuning supaya sistem pembakaran kita dapat beroperasi dengan baik agar tidak berlaku masalah kekurangan minyak atau terlebih minyak yang akan mendatangkan masalah kepada engine kita pada masa panjang. 

Selain itu tidak perlulah kita membuat perbandingan keputusan yang diperolehi dari mesin dyno yang kita perolehi dengan mesin dyno lain. Perkara pokok yang paling utama tujuan tuning itu sendiri. Bagi saya tujuan utama yang saya ingin dicapai ialah mencari tuning yang paling sempurna agar engine saya dapat beroperasi dengan optimum agar dapat bertahan lama.

Semua yang saya tulis di sini adalah pengalaman dan pandangan saya sendiri jika ada kekurangan atau kelemahan harap dimaafkan ya.

Penyelesaian lampu airbag menyala apabila menukar steering dan airbag FD2 Type R

Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada hari ini saya ingin kongsikan sedikit maklumat berkaitan kaedah mengatasi lampu airbag menyala ap...